Monday, September 5, 2011

Lepas Puasa...Haji

Salam,

Selepas berlalunya ramadan, pasti akan terdetik dlm diri setiap muslim yg telah berhempas-pulas menghidupkan ramadan ni keinginan dan wujud kerinduan dlm dirinya utk menziarahi baitullah pula. Kalau kita lihat bertapa cantiknya islam itu, slps sebulan mentarbiyah diri dan nafsu sepanjang ramadan dtg pula seruan utk berkorban. Pengorbanan itu pasti sukar sekiranya ia dituntut secara tiba2. Ia mesti didahulukan dgn penyucian diri terlebih dahulu. Begitu cantik Allah menyusun bulan-bulanNya.

Alhamdulillah, musim haji yg lepas Allah telah memilih ana utk menjadi salah seorang tetamunya. Nikmatnya memang tidak dapat digambarkan. Masih teringat lagi waktu zaman sekolah dulu; setiap tahun bila dapat duit raya mesti terus simpan kat tabung haji. Sampai ke form 5, tabungan masih jauh lagi utk sampai ke sasaran. Yelah, duit raya bukan banyak sgt. Paling banyak pun RM150. Maklumlah makcik pakcik semua keja kat kampung je. Ana x pernah menangis setiap kali hari raya puasa. Tp stp kali raya haji mesti rasa macam nak menangis, kadang2 x sedar pun air mata mengalir. Semuanya disebabkan rindu sangat nak ke baitullah. sering terngiang2 "kenapa bukan ana yg terpilih utk ke sana?" "Mcm ne nak cukupkan duit?". Semuanya soalan yang hanya menyalahkan diri. X rasa pun dlm diri ni Allah berkuasa atas sesuatu. Bila dapat seruan utk ke sana baru tersedar yg rezeki manusia itu di tangan Allah. Mungkin kita akan dapat rezeki yg dtg dr arah yg kita x sangka2. Siapa sangka simpanan tabung haji hanya 2 ribu boleh pergi haji?. Insya-Allah post strusnya menceritakan pengalaman ana menjadi tetamu Allah utk menziarahi rumahNya di Mekah.

kat Masjid Nabawi, Madinah

Allahua'lam

Sunday, April 17, 2011

البينة على المدعي واليمين على من أنكر

salam,
عسى الله أن يرحمنا جميعا

Mereka yg faham bahasa arab pasti dpt teka apa ana nak bincangkan. Maksud tajuk ialah "bukti bg yg mendakwa dan sumpah bg yg tidak mengaku". Ini merupakan salah satu drpd qawaid fiqhiah dlm hukum fiqh islam. Kaedah ni ada disebut dlm buku مدخل في العلوم الشرعية karangan Dr. Abdul Karim Zaidan. kaedah ni diambil dr sebuah hadith. Hadith tu boleh didapati dlm buku hadith 40 imam nawawi, hadith yg ke-33(blh rujuk sendiri).

Jd, knapa ana nak bincang ttg hadith ni? Sbbnya tlh berlaku satu kes besar yg melibatkan org2 penting di malaysia yg kita dpt lihat sendiri bhw sistem pengadilan atau kehakiman di Malaysia sgt x adil berbanding sistem kehakiman islam.

Kes tu ialah kes video seks anwar. Slps video tu di tayangkan di Carcosa Seri Negara. Wan Azizah dgn anaknya, Nurul Izzah kluar kat press conference menyatakan org dlm video bukan anwar dan jam tangan omega masih dlm simpanannya. Maka sibuklah semua saluran televisyen meminta pendapat pakar2 dan penganalisis politik, perlukah Wan Azizah tunjukkan bukti kpd awam jam omega yg dia simpan tu? Dan yg paling cemerlang adalah tv3 sbb dia jumpa dkt 5 org pakar atau penganalisis. Semuanya kata Wan Azizah perlu tunjuk jam tu. Kefahaman nilah yg telah meracuni fikiran rakyat Malaysia. Semua beranggapan wan azizah perlu tunjuk bukti jam tu.

Kalau kita ikut kaedah fiqh islam Wan Azizah dan Anwar x perlu tunjuk apa2 pun bukti sbb anwar bukan pendakwa. Anwar hanya perlu wat sumpah je. Jd, apa yg dilakukan Wan Azizah adalah betul. Anwar bukan orang yg mendakwa. "bukti bg yg mendakwa dan sumpah bg yg tidak mengaku". itulah hukum yg Allah tlh tetapkan dan disebut sendiri lidah suci Rasulullah s.a.w. begitu juga dgn kes serahkan DNA kpd mahkamah. Anwar x perlu serahkan DNA sbb dia bukan pendakwa. Nampak di sini org yg nak jatuhkan itu akan menggunakan apa cara sekalipun utk menjatuhkannya. x de sorang pun nak bg tau kpd masyarakat mcm mana pandangan islam dlm kes anwar ni.

Perkara ni pernah berlaku pada Saidina Ali bin Abi Talib. sewaktu berperang dengan Muawiyah di Siffin, beliau terjatuh baju perisainya. Apabila beliau pulang dari peperangan tersebut ke Kufah, beliau mendapati bahawa baju besi tersebut berada di tangan seorang Yahudi yang menjual baju besi tersebut di pasar Kufah.

Maka berkata Saidina Ali kepada Yahudi tersebut : “Wahai orang yahudi, ini baju perisai saya, tidak pernah saya menjualnya atau menghadiahkannya”.
Berkata Yahudi itu: “Ini baju perisai ku dan ia berada di tangan ku”.

Berkata Saidina Ali: “Kita bawa perkara ini kepada hakim”.

Maka perkara ini dibawa kepada Kadi Syuraih, maka duduklah Saidina Ali sebelah hakim dan duduklah orang yahudi tersebut di depan hakim tersebut.

Berkata Kadi Syuraih: “Katakanlah wahai Amirul Mukminin”.

Berkata Saidina Ali: “Ya. Bahawa baju besi yang ada di tangan Yahudi ini adalah baju besi ku dan tidak pernah ku menjual atau menghadiahkannya kepada sesiapa”.

Kadi Syuraih: “Ada buktikah wahai Amirul Mukminin?”

Saidina Ali: “Ada. ‘Qunbar’(hamba Saidina Ali), Hasan dan Husain adalah saksi bahawa baju besi itu memang milik ku”.

Kadi Syuraih: “Kesaksian anak tidak diterima pakai bagi bapanya”.

Saidina Ali: “Lelaki daripada ahli syurga tidak boleh dijadikan saksi? Aku pernah mendengar Nabi Muhammad bersabda bahawa Hasan dan Husain adalah ketua kepada para pemuda di syurga”.

Berkata si Yahudi itu: “Amirul Mukminin telah membawa saya berjumpa dengan hakim, dan hakim tersebut memutuskan hukuman ke atasnya!!! Maka sesungguhnya ini adalah kebenaran. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Dan sesungguhnya baju besi ini memang baju besi mu (Ali). Pada ketika itu, saya sedang menaiki unta dan kamu sedang menuju siffin, maka terjatuh baju besi kamu pada belah malam. Maka saya ambil baju besi tersebut”.

Berkata Yahudi itu lagi: “Sekiranya saya katakannya, maka ianya milik kamu”.

Jd, kita nampak di sini bhw sekiranya pendakwa x de bukti maka kes selesai. Di sini kita nampak korupsi sistem kehakiman Malaysia yg tidak berlandaskan hukum Allah. Itulah hikmahnya Allah menetapkan utk pendakwaan zina wajib membawa 4 saksi. Kalau dgn video je siapa nak percaya. Skrg ni zaman teknologi. Siapapun boleh edit video. Guna teknik overlay pun boleh.

Allah mendatangkan hukum supaya selesai masalah. Kalau x menghukum dgn hukum Allah beginilah jadinya. Siapa yg boleh memberi keadilan selain Allah?

الله أعلم باالصواب

[baihaqi] saiful bukhari wat sumpah kat masjid tempoh hari sedangkan dia adalah pendakwa. x ke bodoh namanya..

Wednesday, March 2, 2011

Sedikit Update Keadaan di Yaman

Salam,
نسأل الله ان يجعلنا من عباده الصالحين

Di sini ana nak kongsikan sdikit perkembangan muzaharah(demo)di yaman sbb berita ttg muzaharah di yaman agak kurang dan susah nak dpt mungkin disebabkan keadaan Libya yg lbh panas berbanding yaman:

- Jamiah iman dah seminggu x de klas. Semua plajar Yamannya g mabit kat tempat muzaharah. Sepatutnya periksa minggu dpn. Mungkin kena tangguh ke syawal. Mereka kata x akan balik ke rumah sampailah presiden jatuh. Dengar khabar dari ikhwah yamani, rakyat Yaman yg dtg dr luar Sana'a makin bertambah dan mereka duk berkampung kat Da-i-ry(sebuah bandar di Sana'a).

-Kabilah terkuat di Yaman; kabilah Ahmar, berpaling tadah dr kerajaan. Mungkin sbb ni la kerajaan x brani nak buat mcm kat Libya. Kerana kabilah ni lbh kuat dr kerajaan.

- Kelmarin jalan2 utama di Sana'a dikawal oleh askar dan polis. Ruang udara Sana'a juga sibuk dgn jet pejuang yg melintas. Smpi sakan pun askar minta nak guna bahagian atasnya. Ana rasa askar nak letak sniper kat atas tu. Sbb bangunan sakan ana betul2 letak kat tepi jalan terbesar dan terutama kat Sana'a. Rupanya hari tu presiden g lawat kuliah tibb Jamiah Sana'a(blakang sakan kami).

- Kelmarin juga Syeikh Majid turun skali berdemo kat Dairy dan smpikan taujih kpd org2 yg g demo.

- Ihkwah Yamani juga cerita yg skrg ni kerajaan dah start tangkap orang. Dan org yaman stp kali berjalan x leh kurang dr dua orang takut kena tangkap kerajaan. Stakat ni dah 300org kena tangkap kat tmpt muzaharah. Antara yg kena tangkap tu adalah pelajar jamiah iman.

- Mereka juga cerita waktu bermuzaharah dan melawan pro-kerajaan, mereka terjumpa list nama2 orang yg dirancang utk dibunuh. Dlm list tu tertulis nama tokoh2 besar Yaman dan ulama'.

- Taktik kotor utk bunuh tokoh besar terkantoi: mereka letak marking device kat kereta orang yg ditarget. Dan device ni dapat dibaca kat radar jet pejuang. Bila kereta ni nak jalan, jet akan tembak dgn peluru berpandu. Pertolongan Allah telah mengkantoikan tipu daya mereka. Allahu Akbar!!

- Taktik kotor lain juga terkantoi: Perempuan Yaman(pro-kerajaan) kantoi bawa senjata(pistol dan pisau) dlm beg tangan dan abayah(jubah warna hitam utk perempuan). Mmg sblm masuk ke tmpt muzaharah akan ada spot check, tp adat di Yaman wat spot check kat badan perempuan adalah suatu yg sgt aib. Syukur Allah membuka tembelang mereka. Semua ni adalah pertolongan dari Allah.

Jd, ikhwah yaman sgt2 mengharapkan umat islam mendoakan mereka supaya terus thabat dan mendoakan yg terbaik utk Yaman. Syeikh di sakan selalu mengingatkan kami jangan anggap keadaan yg ikhwah yaman alami skrg ni sbg fitnah tp anggaplah ia sbg pertolongan dr Allah utk menghapuskan orang zalim di muka bumi ni. Kita kena yakin islam akan kembali gemilang.

اللهم عليك الظالمين فانهم لا يعجزونك
اللهم ارزقهم نصرا و فتحا قريبا
Ameen..

Allahua'lam

[baihaqi] sekiranya Allah mentakdirkan presiden ni jatuh kpd parti islah: ana x perlu dah amik visa kat universiti lain, kami x kan diikuti lagi oleh mata2 kerajaan, jamiah akan jadi milik kerajaan, keluar masuk antara negeri jadi mudah dan x de lagi orang yg mintak bribe kat check point sempadan negeri, x lagi rasuah kat immigration, dll.

[baihaqi] kalau periksa jamiah iman tangguh ke syawal, jawabnya melepaslah nak balik malaysia tahun ni.

Sunday, January 30, 2011

Sudan Kemudian Yaman? atau Tunisia Kemudian Yaman?

Salam,

Semoga Allah menetapkan hati kita untuk berada dalam agamaNya dan ketaatan kpdNya..

Spt yg kita ketahui kebanyakan negara arab ketika ini mengadakan demonstarasi besar-besaran menuntut reformasi dlm negara masing2. Yaman juga tidak ketinggalan dlm hal ini.

Ana pasti ramai yg sudah melihat berita di surat khabar dan televisyen ttg demo di Yaman dan risau keadaan mereka yg tingal di Yaman(terutamanya bonda ana yg tercinta). Pasti ada yg terdengar ada yg terbunuh disbbkan demo tu. Mmg sahih berita tu, x silap ana setakat ni 16org dah terbunuh disebabkan demo terhadap kerajaan. Yg sebenarnya, yg terbunuh tu adalah demo antara kabilah dan kerajaan. Di dlm demo umum x de lg yg terbunuh. Dan yg sebenarnya, Sana'a masih lagi aman. x de apa2 pun yg berlaku cuma ada muzaharah(demo) secara aman yg diadakan selang seminggu, bukan setiap hari seperti di Mesir.

Bercerita ttg kabilah di Yaman, sistem kabilah masih mekar dlm hati mereka dan mereka ttp menyokong walaupun sudah jelas lebih banyak keburukan brbanding kebaikan dlm mengamalkan sistem kabilah. Hinggakan kekuatan senjata kabilah lebih kuat drpd tentera kerajaan. Dlm perkahwinan mereka, pengantin perlu membayar sejumlah yg banyak kepada ketua kabilah mereka kononnya utk buat majlis perkahwinan. Pada firasat ana ketua kabilah mengambil sedkit wang drpd jumlah yg diberikan pengantin tu kononnya utk simpanan kabilah sbb jika dilihat pd majlisnya x padan dgn wang yang diberikan pengantin. Walaupun mereka tahu perkara ni mereka ttp x nak berubah. Dlm hal lain pula, dgn kabilah yg mereka ada, mereka selalu membela ahli kabilah mereka walaupun mereka tahu ahli kabilah mereka adalah orang yg bersalah smpi sanggup berbunuhan. Inilah yg islam maksudkan sebagai asabiyyah. Inilah bahayanya main kabilah apabila ia x dipandukan oleh islam. Ketua kabilah makin kaya, ahli terus meminta sedekah. Cuba kita pada zaman nabi, brapa kali nabi mintak bantuan daripada kabilah? selaklah sendiri kat kitab sirah..

Kembali kepada tajuk, knapa ana ckp Yaman mengikut jejak langkah Sudan? sbbnya sekarang ni Yaman dlm krisis perpisahan antara selatan dan utara. Spt kita maklum, Sudan telah pun berpisah antara utara dan selatannya. Dan dalang perpisahan ini adalah Amerika. Krisis perpisahan di Yaman pula adalah disebabkan oleh tidak puas hati yaman selatan terhadap yaman utara yg telah lama makan khazanah dan harta yaman selatan iaitu minyak mentah dan yaman selatan juga hanya dapat bahagian yg sedikit drpd untung minyak mentah. selain itu, yaman selatan juga x berpuas hati dgn kedudukan mereka dlm pemerintahan. x silap ana yaman selatan dpt kerusi lebih sedikit berbanding yaman utara. Di tambah lagi provoke dr amerika yg mendakwa presiden Yaman lemah dlm menangani ancaman pengganas. Perkara ini banyak dibincangkan di jamiah terutamanya waktu Syeikh Majid bagi ceramah. Ana berharap sgt perpisahan x menjadi kenyataan. Sbb inilah apa yg diimpikan musuh islam. Mereka mahu umat islam berpecah belah dan lama-kelamaan bertambah lemah. Dan inilah salah satu sbb berlakunya demo di seluruh Republik Yaman.

Knapa pula ana ckp Yaman ikut jejak Tunisia? sbbnya sekarang ni masih berlaku demo di mana2 sekitar Yaman. Ana dpt tahu dr kawan sekelas(yamani), mereka nak buat lagi demo hari khamis ni dan mereka minta foreigners minta drpd syeikh supaya x ambil kedatangan. Drpd pemerhatian ana yaman punya demo x akan menyebabkan penggulingan sepertimana di Tunisia sbb apa yg mereka tuntut adalah hak2 mereka, tukar presiden sbb dah terlampau lama memerintah(32tahun), mintak air dan elektrik, kurangkan kemiskinan, hapuskan rasuah dan hapuskan sistem kroni. Ana ckp tuntutan tukar presiden x kritikal sbbnya x ada presiden lain yg layak menggantikan yg sedia ada kerana politik di sini seolah2 x wujud. x de orang yg bersaing dlm karier politiknya. x kan la nak suruh syeikh majid jd presiden.. dah la syeikh majid sudah di cop sebagai pengganas ditambah lagi masyarakat yg x cukup bersedia utk menyokong sistem pemerintahan islam. Silap2 lps syeikh majid jd presiden je yaman terus kena serang. Ana tetap risau walaupun perkara ni x nampak kritikal sbb hati manusia ni senang berbolak balik ditambah lagi dgn hasutan syaitan. Harapnya demo kat sini x bertukar menjadi spt di tunisia dan mesir. Moga Allah memberikan jalan penyelesaian yg terbaik.

Baru2 ni kerajaan Yaman menerima kunjungan kerajaan Turki(diketuai PM Turki)dan orang Yaman kecoh mengatakan kunjungan mereka ke Yaman adalah untuk membuat persetujuan supaya urusan keluar masuk antara Yaman dan Turki boleh berlaku tanpa menggunakan pasport. Rancangan ni mmg betul2 genius dan pada pandangan ana ia adalah salah satu langkah untuk kembalikan khilafah islamiah. Yelah, knapa nak masuk antara negara islam pun kena bersusah payah dan bersangka buruk? Waktu ana nak ke mekah hari tu pun kena tunggu 12jam kat immigration sempadan yaman-saudi. Mungkin ini adalah tanda2 konstantinopel(istanbul) akan dibuka semula oleh tentera yg terbaik dan pemimpin yg terbaik.

Allahu a'lam...
[baihaqi] kalau ada rezeki nak balik malaysia tahun ni

Monday, October 18, 2010

Mengubah Sempadan Iman

Salam,

Kaifa haluk?(-smpi ke mati ana x kan ckp “zayyak, syu halak, aish launak”)

Kaifa al-iman?

نسأل الله أن يجعلنا من المؤمنين وعبادك الصالحين

ونسأل الله أن يجعل أعمالنا في ميزان الحسنة

Kebelakangan ni agak sibuk sedikit. Sampai nak buka emel pun x sempat. Bila buka je folder x-gen, ada 300 lebih unread mail.

Terima kasih kpd Munir yg mengingatkan diri ini. Walau sesibuk manapun kita pasti ada yg lebih sibuk dr kita dan kepada Allah segala urusan itu kembali.

Di sini ana nak inform kpd semua yg insya-Allah pada tahun ni ana akan ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Itulah yg menyebabkan ana sibuk sedikit. Kena wat visa baru, jumpa kedutaan Malaysia, jumpa wakalah haji(agen) dan semua ni kena wat sendiri. Mereka yg pernah duk negara arab pasti tahu bertapa peritnya wat urusan dgn arab. Benda yg seminggu blh jadi sebulan, benda yg sebulan blh jadi stgh setahun disebabkan arab ni suka guna perkataan “bukrah”. Urusan wat visa baru ni sepatutnya boleh siap dlm masa lima hari je, tp disebabkan berurusan dgn arab, jadilah dua minggu lebih. Ana mula wat urusan ni 12 syawal. 2 zulkaedah br siap iqamah baru(visa) smpaikan kena ponteng tatbiq amali kat jamiah iman n sampaikan muhadharah syeikh Abdul Majid Aziz Az-Zindani pun ana terpaksa melepas..

Bercakap ttg syeikh majid, pada hari kedua iaitu soal jawab dgn syeikh majid, ada seorang arab tu tanya tentang i’jazul ilmi yg terbaru. Sblm tu, utk pengetahuan semua, universiti al- iman ni berbeza dgn universiti islam yg lain iaitu di sini ada qismu tazkiyatul anfus dan qismu i’jazul ilmi. Dan qismu i’jazul ilmi ni diketuai oleh syeikh majid sendiri(saintis bertaraf ulama’ besar). Kembali kpd soalan td, syeikh majid pun ckp yg i’jazul ilmi yg terbarunya ialah kaitan lapisan ozon(03) dgn waktu solat. Sebenarnya ana x brapa nak dengar macam mana penjelasan syeikh majid dan ayat quran yg manakah dikaitkan dgn kajiannya sbb waktu tu ana demam. Maklumlah kalau dah demam telinga dah x brapa nak dengar, mata pun x brapa nak nampak ditambah lagi dgn musim sejuk yg baru je bermula, lagilah x senang duduk. Walaupun demam ana sanggup hadir tatbiq drpd berurusan dgn arab kat idarah jamiah... الله مستعان

Insya-Allah ana akan tanya balik soalan tu kpd syeikh majid bila dah mula kelas tahun 2.

Apapun, doakan ana supaya Allah memilih ana sebagai tetamunya ke tanah suci pada tahun ni. Doakan ana supaya diberikan kesihatan sepanjang berada di sana dan doakan juga dapat haji mabrur. Moga dgn haji ni dapat mengubah sempadan iman..

Allahu a’lam

[baihaqi] bertolak 5/11. Duk madinah seminggu lebih. Pastu duk mekah smpai balik. Balik 4/12.

Saturday, August 28, 2010

كن ربانيا ولا تكن رمضانيا

Salam,

Alhamdulillah Allah telah memilih kita termasuk dlm orang yg disampaikan ke bulan ramadhan .

Rasanya sume dah tahu apakah hadaf puasa bulan ramadhan....iaitu taqwa. Jadi ana rasa x perlu nak bincang di sini. Just nak ingatkan:

1. Sebuah hadis hadis qudsi yg mafhumnya semua amal lain selain puasa ada ganjarannya bg hambanya kecuali puasa. Khas utk puasa allah berfirman dlm hadis qudsi tersebut ”wa ajzi bihi” (Dan Akulah yg memberi ganjarannya).

Dan imam ghazali juga dlm kitabnya ihya ulumuddin membahagikan puasa kpd 3 jenis .

Yg pertama puasa umum(puasa lapar dahaga shj)

Yg kedua puasa khusus(puasa org mukmin)

Yg ketiga puasa khusus khusus(puasa para anbiya’)

Jd berusahalah utk mendapatkan puasa khusus.


2. Ana yakin pada bulan ramadhan ni ramai yg akan berlumba2 dlm beramal. tp, janganlah kita jadi ramadhani, tp jadilah rabbani


3. Ana juga yakin pasti ramai yg bercita2 nak khatamkan quran paling kurang dua kali sepanjang ramadhan ni. Ana optimis ramai yg boleh. Tapi mcm mana nak beramal dgn quran? Mungkin blh guna cr ni:

a. Ambil sehelai kertas dan buat garisan di tengah2 utk membahagikan kertas kpd dua

b. Tuliskan pada column yg pertama awamirillah(perintah2 Allah). Pada column yg kedua tuliskan nawahihi(laranganNya)

c. Luangkan masa dlm 15minit utk tadabbur quran(maksudnya tadabbur dlm 2 muka surat)

d. Setiap kali kita tadabbur ayat ttg perintah Allah kita tulis pada column pertama peintah Allah tu(cth: infaq apa yg telah dikurniakan)

e. Setiap kali kita tadabbur ayat ttg larangan Allah kita tulis pada column kedua larangan Allah tu(cth: jgn panggil seseorang dgn panggilan yg x disukai.)

Jadi dgn tulis sebigini kita akan nampak apakah perintah Allah serta laranganNya dan akan cuba beramal dgnnya. Maklumlah al-quran dlm bahasa Arab bukan bahasa kita. Kadang2 kita tilawah quran tanpa merasakan.

Allahu a'lam..

Thursday, July 15, 2010

امتحان نهائي فصل الثاني

Salam,

Spt ana sudah maklumkan dlm post yg lepas, jamiah iman ni mmg x lekang/lega dr peperiksaan. Minggu lepas periksa hafazan quran. teringat ana kat peperiksaan quran di DQ or dgn kata lainnya di malaysia. Kalau kat DQ siap bg tau brapa soalan dr awal surah, awal juzu' dan awal 'ain. Ana rasa benda ni famous kat mana2 maahad tahfiz di malaysia. Kalau kat negara arab jgn harap dpt soalan cmtu.. dia akan tebuk je kat mana2. Mujurlah muqarrar utk tahun satu 10 juzu' (dr belakang) shj.. lega..

Bila berada di negara org dan bercampur dgn hampir semua bangsa di dunia br kita rasa alangkah hebatnya islam.. islam menyatukan semua bangsa di dunia.. Semua muslim x kira bangsa, warna kulit, bahasa pertuturan, semuanya sama di sisi Allah. yang membezakan hanyalah taqwa.(ayat quran)

ياايها الناس انا خلقناكم من ذكر وانثى وجعلناكم شعوبا وقباءل لتعارفو ان اكرمكم عند الله اتقاكم ان الله عليم خبير
"Wahai manusia sesungguhnya kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling berkenalan.sesungguhnya orang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialalh orang yang paling bertakwa di antara kamu. sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal"

Kita juga akan perasan yg lidah org malaysia adalah lidah yg paling fleksible. Hampir semua bahasa kita boleh sebut dgn sebutan yg tepat. Dlm bab baca pula, org arab mesti akan tanya kita "anta belajar quran kat malaysia ke?"
kalau kita jawb "ya"
Mereka pasti akan ckp kita ni dah hafal satu quran.. Walaupun kita ckp kita br hafal 7 juzu' mereka tetap x kan percaya..

Kat sini juga baru ana tau yang bangsa melayu adalah bangsa yang paling beradab tapi kuat berdengki dan berdendam. Orang arab pun x mcm org melayu, kalau mereka bergaduh kat tengah jalan raya, mereka selesai kat situ dan x simpan apa2 dendam..
Org melayu.... orang lain dapat kelebihan sikit pun dah dengki....siap sebar fitnah....
Tinggal di negara miskin baru kita tahu yg negara kita(malaysia) merupakan negara yg sangat2 kaya. Patutnya semua rakyat boleh dapat biasiswa..

Sekiranya semua negara islam dan orang islam bersatu, kita boleh jadi kaum yg unbeatable. China dan Jepun bijak dlm alter sesuatu benda, orang arab kuat menghafal dan ikut tanpa banyak soal. Orang barat dan eropah pula banyak membuat penemuan baru. orang africa pula hebat dlm menghafal. orang malaysia pula hebat dlm menciplak(betul ke?). kombinasi semua bangsa ni menghasilkan satu kaum yang unbeatable. itulah yg islam bawa(semua orang sama di sisi Allah, yang membezakan hanyalah taqwa).

Bila tinggal di negara bukan bermasyarakat majmuk, baru kita rasa bestnya malaysia yg bermasyarakat majmuk.
Kat sini, pagi: makan kacang ful dan roti, tengah hari: makan kacang ful dan roti, malam: makan kacang ful dan roti.
Kalau kat Malaysia, waktu bangun qiamullail pun dah boleh mengidam nak makan apa pagi nnt..
Syukuur diri ini dilahirkan di Malaysia...


Insya-Allah,
Mulai minggu ni peperiksaan niha-i di jamiatul iman akan bermula.
Untuk masuk tahun 2 ana hanya blh gagal 2 subjek shj. Jika gagal lebih 2 subjek, kena ulang tahun satu
Markah lulus bagi jamiah iman adalah 59 keatas shj. Mrkah 58 pun x kan di layan rayuannya.
Subjek2 nya:
Tafsir(Tafsir Ibnu Kathir-2juzu')
Hadis(Sahih Muslim)
Nahu
Usul Fiqh
Fiqh(Imam Syaukani)
Tazkiyatul Anfus(Said Hawwa)
Tajwid
Madkhal fi Syariah Islamiah(Dr. Abd Karim Zaidan)

Doakan ana cemerlang dlm imtihan ni dan dapat masuk tahun dua..
[baihaqi] berazam nak kalahkan ikhwah indonesia dlm periksa kali ni..