Sunday, April 17, 2011

البينة على المدعي واليمين على من أنكر

salam,
عسى الله أن يرحمنا جميعا

Mereka yg faham bahasa arab pasti dpt teka apa ana nak bincangkan. Maksud tajuk ialah "bukti bg yg mendakwa dan sumpah bg yg tidak mengaku". Ini merupakan salah satu drpd qawaid fiqhiah dlm hukum fiqh islam. Kaedah ni ada disebut dlm buku مدخل في العلوم الشرعية karangan Dr. Abdul Karim Zaidan. kaedah ni diambil dr sebuah hadith. Hadith tu boleh didapati dlm buku hadith 40 imam nawawi, hadith yg ke-33(blh rujuk sendiri).

Jd, knapa ana nak bincang ttg hadith ni? Sbbnya tlh berlaku satu kes besar yg melibatkan org2 penting di malaysia yg kita dpt lihat sendiri bhw sistem pengadilan atau kehakiman di Malaysia sgt x adil berbanding sistem kehakiman islam.

Kes tu ialah kes video seks anwar. Slps video tu di tayangkan di Carcosa Seri Negara. Wan Azizah dgn anaknya, Nurul Izzah kluar kat press conference menyatakan org dlm video bukan anwar dan jam tangan omega masih dlm simpanannya. Maka sibuklah semua saluran televisyen meminta pendapat pakar2 dan penganalisis politik, perlukah Wan Azizah tunjukkan bukti kpd awam jam omega yg dia simpan tu? Dan yg paling cemerlang adalah tv3 sbb dia jumpa dkt 5 org pakar atau penganalisis. Semuanya kata Wan Azizah perlu tunjuk jam tu. Kefahaman nilah yg telah meracuni fikiran rakyat Malaysia. Semua beranggapan wan azizah perlu tunjuk bukti jam tu.

Kalau kita ikut kaedah fiqh islam Wan Azizah dan Anwar x perlu tunjuk apa2 pun bukti sbb anwar bukan pendakwa. Anwar hanya perlu wat sumpah je. Jd, apa yg dilakukan Wan Azizah adalah betul. Anwar bukan orang yg mendakwa. "bukti bg yg mendakwa dan sumpah bg yg tidak mengaku". itulah hukum yg Allah tlh tetapkan dan disebut sendiri lidah suci Rasulullah s.a.w. begitu juga dgn kes serahkan DNA kpd mahkamah. Anwar x perlu serahkan DNA sbb dia bukan pendakwa. Nampak di sini org yg nak jatuhkan itu akan menggunakan apa cara sekalipun utk menjatuhkannya. x de sorang pun nak bg tau kpd masyarakat mcm mana pandangan islam dlm kes anwar ni.

Perkara ni pernah berlaku pada Saidina Ali bin Abi Talib. sewaktu berperang dengan Muawiyah di Siffin, beliau terjatuh baju perisainya. Apabila beliau pulang dari peperangan tersebut ke Kufah, beliau mendapati bahawa baju besi tersebut berada di tangan seorang Yahudi yang menjual baju besi tersebut di pasar Kufah.

Maka berkata Saidina Ali kepada Yahudi tersebut : “Wahai orang yahudi, ini baju perisai saya, tidak pernah saya menjualnya atau menghadiahkannya”.
Berkata Yahudi itu: “Ini baju perisai ku dan ia berada di tangan ku”.

Berkata Saidina Ali: “Kita bawa perkara ini kepada hakim”.

Maka perkara ini dibawa kepada Kadi Syuraih, maka duduklah Saidina Ali sebelah hakim dan duduklah orang yahudi tersebut di depan hakim tersebut.

Berkata Kadi Syuraih: “Katakanlah wahai Amirul Mukminin”.

Berkata Saidina Ali: “Ya. Bahawa baju besi yang ada di tangan Yahudi ini adalah baju besi ku dan tidak pernah ku menjual atau menghadiahkannya kepada sesiapa”.

Kadi Syuraih: “Ada buktikah wahai Amirul Mukminin?”

Saidina Ali: “Ada. ‘Qunbar’(hamba Saidina Ali), Hasan dan Husain adalah saksi bahawa baju besi itu memang milik ku”.

Kadi Syuraih: “Kesaksian anak tidak diterima pakai bagi bapanya”.

Saidina Ali: “Lelaki daripada ahli syurga tidak boleh dijadikan saksi? Aku pernah mendengar Nabi Muhammad bersabda bahawa Hasan dan Husain adalah ketua kepada para pemuda di syurga”.

Berkata si Yahudi itu: “Amirul Mukminin telah membawa saya berjumpa dengan hakim, dan hakim tersebut memutuskan hukuman ke atasnya!!! Maka sesungguhnya ini adalah kebenaran. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Dan sesungguhnya baju besi ini memang baju besi mu (Ali). Pada ketika itu, saya sedang menaiki unta dan kamu sedang menuju siffin, maka terjatuh baju besi kamu pada belah malam. Maka saya ambil baju besi tersebut”.

Berkata Yahudi itu lagi: “Sekiranya saya katakannya, maka ianya milik kamu”.

Jd, kita nampak di sini bhw sekiranya pendakwa x de bukti maka kes selesai. Di sini kita nampak korupsi sistem kehakiman Malaysia yg tidak berlandaskan hukum Allah. Itulah hikmahnya Allah menetapkan utk pendakwaan zina wajib membawa 4 saksi. Kalau dgn video je siapa nak percaya. Skrg ni zaman teknologi. Siapapun boleh edit video. Guna teknik overlay pun boleh.

Allah mendatangkan hukum supaya selesai masalah. Kalau x menghukum dgn hukum Allah beginilah jadinya. Siapa yg boleh memberi keadilan selain Allah?

الله أعلم باالصواب

[baihaqi] saiful bukhari wat sumpah kat masjid tempoh hari sedangkan dia adalah pendakwa. x ke bodoh namanya..