Monday, September 5, 2011

Lepas Puasa...Haji

Salam,

Selepas berlalunya ramadan, pasti akan terdetik dlm diri setiap muslim yg telah berhempas-pulas menghidupkan ramadan ni keinginan dan wujud kerinduan dlm dirinya utk menziarahi baitullah pula. Kalau kita lihat bertapa cantiknya islam itu, slps sebulan mentarbiyah diri dan nafsu sepanjang ramadan dtg pula seruan utk berkorban. Pengorbanan itu pasti sukar sekiranya ia dituntut secara tiba2. Ia mesti didahulukan dgn penyucian diri terlebih dahulu. Begitu cantik Allah menyusun bulan-bulanNya.

Alhamdulillah, musim haji yg lepas Allah telah memilih ana utk menjadi salah seorang tetamunya. Nikmatnya memang tidak dapat digambarkan. Masih teringat lagi waktu zaman sekolah dulu; setiap tahun bila dapat duit raya mesti terus simpan kat tabung haji. Sampai ke form 5, tabungan masih jauh lagi utk sampai ke sasaran. Yelah, duit raya bukan banyak sgt. Paling banyak pun RM150. Maklumlah makcik pakcik semua keja kat kampung je. Ana x pernah menangis setiap kali hari raya puasa. Tp stp kali raya haji mesti rasa macam nak menangis, kadang2 x sedar pun air mata mengalir. Semuanya disebabkan rindu sangat nak ke baitullah. sering terngiang2 "kenapa bukan ana yg terpilih utk ke sana?" "Mcm ne nak cukupkan duit?". Semuanya soalan yang hanya menyalahkan diri. X rasa pun dlm diri ni Allah berkuasa atas sesuatu. Bila dapat seruan utk ke sana baru tersedar yg rezeki manusia itu di tangan Allah. Mungkin kita akan dapat rezeki yg dtg dr arah yg kita x sangka2. Siapa sangka simpanan tabung haji hanya 2 ribu boleh pergi haji?. Insya-Allah post strusnya menceritakan pengalaman ana menjadi tetamu Allah utk menziarahi rumahNya di Mekah.

kat Masjid Nabawi, Madinah

Allahua'lam