Monday, June 8, 2009

Terfikir tentang masa depanku dan masa depan islam..

Alhamdulillah..
dah sampai rumah.

memang dah rindu sangat kat rumah. yang peliknya penyakit homesick ni hanya berlaku waktu ana kat DQ je.
waktu kat smih x pernah homesick pun. (x tau la knapa. mungkin sbb tarbiyah hidayah lg power kot)

masuk smula ke dalam tajuk yang nak dibincangkan.

lps kluar result spm, ana mmg nak sgt sambung blaja dlm bidang teknologi asalkan bukan medic n dentist. besides that nak blaja syariah.

dlm plan hidup: blaja teknologi dulu baru syariah.

tp bila balik rumah je mak ana pujuk ana utk ke yaman amik syariah.
waktu tu ana mmg dah ada plan sendiri nak blaja kat mana n bidang apa.

berkali-kali ana fikir. mmg betul2 dilema. lebih2 lg ana ni ada la sikit ciri2 sekular.

dlm tgh sibuk memikir, mak ana dtg nak berbincang dgn ana.

lps lama berbincang tiba2 terkeluar kata2 mak ana yang mengubah semua perspektif ana,
"Ummi tau baihaqi bijak(ada la rasa bangga sikit), tp knapa x gunakan kebijakan baihaqi utk islam? x kan nak suruh org2 yang tuut nak amik syariah n ilmu2 islam yg lain?"

terkedu ana..
"nak sambung bidang teknologi boleh je lps amik syariah. cuba baihaqi tengok pak cik2 yang dah dpt doktor dlm bidang teknologi, biasanya bila dah dpt doktor mrk susah nak catch up ilmu2 islam n susah nak laksanakan urusan dakwah sbb sibuk sgt dgn urusan universiti dll. kalau sume nak jd cmni, sapa nak berdakwah secara direct kpd masyrakat?"

teringat ana kpd tokoh2 sarjana islam, mrk sume hebat dlm penemuan sains dan teknologi. tp sblm mrk jumpa benda2 baru tu, mrk dah hafaz al-quran, ilmu2 islam sume dah ada kat dada. dgn ilmu dunia akhirat yang mrk ada, mrk menjadi pembela islam yang hebat.

lama jgk ana menungkan kata2 mak ana..

skrg barulah tergerak hati ana utk ikut kata maka ana, amik syariah kat yaman(insya-Allah)

kpd sahabat sekalian pillihlah jalan yang membawa kpd keuntungan dunia dan akhirat. x bermaksud ana menghalang sahabat sekalian utk amik bidang lain selain ilmu islam. jika diri sudah mempunyai iman yang betul2 kuat, silalah. sbb umat skrg amat parah. takut2 kita terjatuh kedalam arus kelekaan dan kesesatan(nauzubillah) dan tidak lg berada atas jalan yang lurus.

lastly, marilah berfikir sejenak utk masa depan islam yang lebih gemilang...

3 comments:

  1. muhammad bin jaafarJune 12, 2009 at 4:15 PM

    assalamualaikum wbt.

    apa khabar akhi? harap dalam keadaan sihat.macam mana hafazan di DQ?moga2 dapat istiqamah dengan hafazan tersebut.

    dulu2 waktu ana kat DQ pun,ana selalu jugak rasa homesick.tiap2 minggu mesti nak pulang ke rumah.nasib baik la di DQ ana sekadar ulang hafazan.jadi tak rasa terlalu terbeban kalau pulang ke jb.ana rasa apa yang enta tulis ada betulnya,tarbiyah di DQ tidak sehebat di hidayah.bahkan di tempat ana belajar sekarang ni,jordan pun tarbiyahnya tak sehebat di hidayah.mungkin di mesir lebih baik.

    berkenaan dengan masa hadapan,ana rasa tak rugi kalau enta kuasai syariah sebelum sambung ke bidang teknologi.mungkin pilihan ini mengambil masa yang lebih lama,tapi melihat kepada personaliti enta,ana rasa enta tak akan hadapi banyak masalah untuk meneruskan kehidupan selepasnya.lagipun,susah nak dapat peluang sambung pelajaran ke tempat2 yang bagus seperti yaman.

    apapun,ana rasa enta dah cukup matang untuk memilih jalan hidup enta.buatlah apa keputusan pun kemudian bertawakal kepada Allah.Ana doakan yang terbaik untuk enta.

    salam ukhuwwah.moga kita berjumpa lagi di waktu2 akan datang:)

    ReplyDelete
  2. yayaya.semoga DIA bukan jalanjalan yang terbaik untuk kamu.

    ReplyDelete
  3. segala keputusan,sandarkan kpd Allah..
    insyaAllah,bila Islam kita letakkan sebagai priority pertama,dipermudahkan segala jalan..

    all the best~

    ReplyDelete