Saturday, January 2, 2010

-Syaghil Jiddan-

salam,

dlm post kali ni nak cite skit pasal kehidupan kat jamiah iman n keadaan yaman skrg(peperangan kat utara yaman)

kehidupan kat jamiah iman

jd pelajar tahun satu jamiah iman mmg sibuk. klas start betul2 lepas subuh n habis 11.30 pg. jd sblm subuh lg dah kena ada kat jamiah. jalan ke jamiah sgt sejuk. suhu waktu pagi: around 8 degree celcius. mmg kena semua tutup anggota badan termasuk muka. moga Allah memberi kekuatan kpd kami utk bangun awal stp hari..

lps jamiah iman kena g jamiah yemeniah pula. jamiah iman mmg x sediakan visa utk pelajarnya sejak peristiwa 11/9, jd kena wat visa kat university lain. kelas jamiah yemeniah smpi kul 2. lps jamiah yemeniah ada halaqah quran kat sakan tullab jamiah ulum. sblh mlm pula... hampir stp mlm penuh dgn muhadharah. lps muhadharah br ada masa utk rehat. lagi satu, cuti kat jamiah iman cuma hari jumaat je... ya allah penuhnya jadualku...berilah kekuatan kpdku utk menempuhinya...(mungkin ini tarbiah dr Allah utk ana)

tp ana mmg suka sgt blaja kat iman. syeikh dia semua hebat2. cuma yg sedihnya sem ni syeikh abdul majid aziz az-zindani x ajar tahun 1. biasanya syeikh majid akan ajar subjek iman(kitab yg dia tulis sndiri)tahun satu. nak cite skit pasal syeikh majid, syeikh merupakan most wanted person in yaman by the u.s government sbb semua org kat yaman tahu yg syeikh majid dah jumpa penawar bagi hiv(masih dlm peringkat beta) tp skrg ni syeikh majid dilindungi oleh presiden yaman sndiri. presiden yaman pernah janji x kan serahkan syeikh majid kpd u.s.(smoga Allah melindungi syeikh majid).

org2 yaman terutamanya kat jamiah terkenal dgn bahasa arab fushah dlm percakapan harian. alhamdulillah skrg ni dah blh cakap arab dgn lancar(skit2 la). pd awalnya ana fikir ana x akan dpt masuk tahun satu sbb waktu interview bahasa arab ana mmg tunggang langgang. ana just faham apa yg ustaz ckp tp ana sndiri x ckp banyak(jawab soalan skit2 je). mungkin kelebihan ana waktu tu ialah nahu. waktu tu ana masih ingat lagi kaedah2 bahasa arab yg dipelajari waktu form 5. soalan interview syafawi n tahriri utk masuk tahun 1 jamiah iman kebanyakannya mengenai nahu n saraf. syukran jazilan kpd ustazah zuraidah(guru BAT waktu form 4 n 5). mungkin sbb berkat pengajaran ustazah ana ingat kaedah2 bahasa arab smpi skrg.

mungkin ana blh kongsi sedikit sbanyak cr nak skor dlm BAT n sterusnya dptkan anugerah khas bat(bukan nak menunjuk tp sbg motivasi) berdasarkan kpd pengalaman ana. mungkin ini kelebihan yg Allah berikan kpd ana iaitu dpt detect sndiri teknik2 mudah utk skor dlm kebanyakan subjek spm. BAt merupakan subjek pertama yg ana dpt detect tekniknya. hakikatnya ana mmg x reti ckp bahasa arab n nak tulis karangan bahasa arab pun x reti. ana just hafal sedikit kalimah2 arab yg biasa2 je. firstly, cb kita lihat kertas 1(soalan2 yg berkaitan dgn nahu n balaghah). hakikatnya soalan2 bat kertas1 spm x akan berubah. ia akan hanya berpusing sekitar soalan yg sama je. jd kita just kena hafal n faham nota yg front page dia tertulis "gener8 mission 2.8 Bahasa arab tinggi gps 3.99". bg ana nota ni 90% lengkap. cuma kena tambah skit2 je. kertas ni kena skor paling kurang 75/80. ana mmg btul2 beri'tiqad yg kertas ni sgt mudah berbanding kertas 2. utk kertas 2 pulak(wat karangan, wat ayat dll), utk karangan ana mmg terjemah sbijik2 dr bahasa melayu ke bahasa arab. ana sboleh mungkin akan pilih karangan laporan sbb wat karangan ni lg mudah dr wat karangan pasal solat, zakat dll. drpd penelitian ana, klu kita wat cr ni kita akan dpt 20/30. utk bahagian terjemah melayu ke arab, ana wat cr yg sama iaitu terjemah sbijik2. dgn cr ni kta akan dpt 10/15. utk cari isi penting dr karangan, ana just amik stiap ayat n tambah inna n qad. dgn cr ni kita akan dpt 7/10(klu x silap). utk solan ketiga n keempat kita insya Allah dpt jawab dgn senang(klu dah hafal nota) sbb bahagian ni berkaitan dgn nahu n balaghah. dgn cara ni stp kali periksa ana dpt skor around 81/100.

Keadaan yaman skrg

sepertimana antum blh lihat dlm berita2, yaman skrg tgh berperang. kat sblh utara sana'a(sa'ada) kerajaan tgh berperang dgn puak syiah hauthi. br2 ni u.s tuduh al-qaeda ada kat yaman n u.s mungkin akan hantar tenteranya ke yaman. bg ana u.s hanya menyibuk jika mereka hantar tentera sbb kat yaman ni setiap keluarga paling kurang mempunyai 3 senapang. kerajaan blh je nak minx rakyat dia berperang sbb mereka ni reti menembak n mereka sentiasa bawak senapang bersama walau ke mana2 hatta ke solat jumaat. walaupun mereka ni bwk snapang ke mana2, sgt jarang dengar berita org mati kena tembak sbb hampir kesemua org yaman berpegang teguh dgn islam. klu nak mintak pemandu teksi bg ceramah pun boleh(siap bg dalil quran n hadis). inilah kelebihan islam di yaman. mereka hidup dlm suasana ilmu. islamlah yg telah membawa rahmat ke negeri ini. cb kita bandingkan dgn kota mafia iaitu mexico city, stp hari dgr org kena bunuh n polis sndiri pun takut dgn mafia. inilah kesan masyarakat yg tiada nur iman dlm hati mrk. ana berharap malaysia dpt jd lbh baik dr sana'a...

1 comment: