Thursday, July 15, 2010

امتحان نهائي فصل الثاني

Salam,

Spt ana sudah maklumkan dlm post yg lepas, jamiah iman ni mmg x lekang/lega dr peperiksaan. Minggu lepas periksa hafazan quran. teringat ana kat peperiksaan quran di DQ or dgn kata lainnya di malaysia. Kalau kat DQ siap bg tau brapa soalan dr awal surah, awal juzu' dan awal 'ain. Ana rasa benda ni famous kat mana2 maahad tahfiz di malaysia. Kalau kat negara arab jgn harap dpt soalan cmtu.. dia akan tebuk je kat mana2. Mujurlah muqarrar utk tahun satu 10 juzu' (dr belakang) shj.. lega..

Bila berada di negara org dan bercampur dgn hampir semua bangsa di dunia br kita rasa alangkah hebatnya islam.. islam menyatukan semua bangsa di dunia.. Semua muslim x kira bangsa, warna kulit, bahasa pertuturan, semuanya sama di sisi Allah. yang membezakan hanyalah taqwa.(ayat quran)

ياايها الناس انا خلقناكم من ذكر وانثى وجعلناكم شعوبا وقباءل لتعارفو ان اكرمكم عند الله اتقاكم ان الله عليم خبير
"Wahai manusia sesungguhnya kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling berkenalan.sesungguhnya orang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialalh orang yang paling bertakwa di antara kamu. sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal"

Kita juga akan perasan yg lidah org malaysia adalah lidah yg paling fleksible. Hampir semua bahasa kita boleh sebut dgn sebutan yg tepat. Dlm bab baca pula, org arab mesti akan tanya kita "anta belajar quran kat malaysia ke?"
kalau kita jawb "ya"
Mereka pasti akan ckp kita ni dah hafal satu quran.. Walaupun kita ckp kita br hafal 7 juzu' mereka tetap x kan percaya..

Kat sini juga baru ana tau yang bangsa melayu adalah bangsa yang paling beradab tapi kuat berdengki dan berdendam. Orang arab pun x mcm org melayu, kalau mereka bergaduh kat tengah jalan raya, mereka selesai kat situ dan x simpan apa2 dendam..
Org melayu.... orang lain dapat kelebihan sikit pun dah dengki....siap sebar fitnah....
Tinggal di negara miskin baru kita tahu yg negara kita(malaysia) merupakan negara yg sangat2 kaya. Patutnya semua rakyat boleh dapat biasiswa..

Sekiranya semua negara islam dan orang islam bersatu, kita boleh jadi kaum yg unbeatable. China dan Jepun bijak dlm alter sesuatu benda, orang arab kuat menghafal dan ikut tanpa banyak soal. Orang barat dan eropah pula banyak membuat penemuan baru. orang africa pula hebat dlm menghafal. orang malaysia pula hebat dlm menciplak(betul ke?). kombinasi semua bangsa ni menghasilkan satu kaum yang unbeatable. itulah yg islam bawa(semua orang sama di sisi Allah, yang membezakan hanyalah taqwa).

Bila tinggal di negara bukan bermasyarakat majmuk, baru kita rasa bestnya malaysia yg bermasyarakat majmuk.
Kat sini, pagi: makan kacang ful dan roti, tengah hari: makan kacang ful dan roti, malam: makan kacang ful dan roti.
Kalau kat Malaysia, waktu bangun qiamullail pun dah boleh mengidam nak makan apa pagi nnt..
Syukuur diri ini dilahirkan di Malaysia...


Insya-Allah,
Mulai minggu ni peperiksaan niha-i di jamiatul iman akan bermula.
Untuk masuk tahun 2 ana hanya blh gagal 2 subjek shj. Jika gagal lebih 2 subjek, kena ulang tahun satu
Markah lulus bagi jamiah iman adalah 59 keatas shj. Mrkah 58 pun x kan di layan rayuannya.
Subjek2 nya:
Tafsir(Tafsir Ibnu Kathir-2juzu')
Hadis(Sahih Muslim)
Nahu
Usul Fiqh
Fiqh(Imam Syaukani)
Tazkiyatul Anfus(Said Hawwa)
Tajwid
Madkhal fi Syariah Islamiah(Dr. Abd Karim Zaidan)

Doakan ana cemerlang dlm imtihan ni dan dapat masuk tahun dua..
[baihaqi] berazam nak kalahkan ikhwah indonesia dlm periksa kali ni..

2 comments:

  1. Assalamualaikum,dari family di Malaysia.kami sentiasa mendoakan yang terbaik utk Abg Chik.Rindu kat Abg Chik(hehe...)Kak Hanani,Kak Husna,Kak Ely,Mak Ngah kirim salam.kalau boleh Abg Chik buatlah facebook.lagi senang kita dapat berhubung.
    wassalam
    -by:umaimah

    ReplyDelete