Sunday, January 30, 2011

Sudan Kemudian Yaman? atau Tunisia Kemudian Yaman?

Salam,

Semoga Allah menetapkan hati kita untuk berada dalam agamaNya dan ketaatan kpdNya..

Spt yg kita ketahui kebanyakan negara arab ketika ini mengadakan demonstarasi besar-besaran menuntut reformasi dlm negara masing2. Yaman juga tidak ketinggalan dlm hal ini.

Ana pasti ramai yg sudah melihat berita di surat khabar dan televisyen ttg demo di Yaman dan risau keadaan mereka yg tingal di Yaman(terutamanya bonda ana yg tercinta). Pasti ada yg terdengar ada yg terbunuh disbbkan demo tu. Mmg sahih berita tu, x silap ana setakat ni 16org dah terbunuh disebabkan demo terhadap kerajaan. Yg sebenarnya, yg terbunuh tu adalah demo antara kabilah dan kerajaan. Di dlm demo umum x de lg yg terbunuh. Dan yg sebenarnya, Sana'a masih lagi aman. x de apa2 pun yg berlaku cuma ada muzaharah(demo) secara aman yg diadakan selang seminggu, bukan setiap hari seperti di Mesir.

Bercerita ttg kabilah di Yaman, sistem kabilah masih mekar dlm hati mereka dan mereka ttp menyokong walaupun sudah jelas lebih banyak keburukan brbanding kebaikan dlm mengamalkan sistem kabilah. Hinggakan kekuatan senjata kabilah lebih kuat drpd tentera kerajaan. Dlm perkahwinan mereka, pengantin perlu membayar sejumlah yg banyak kepada ketua kabilah mereka kononnya utk buat majlis perkahwinan. Pada firasat ana ketua kabilah mengambil sedkit wang drpd jumlah yg diberikan pengantin tu kononnya utk simpanan kabilah sbb jika dilihat pd majlisnya x padan dgn wang yang diberikan pengantin. Walaupun mereka tahu perkara ni mereka ttp x nak berubah. Dlm hal lain pula, dgn kabilah yg mereka ada, mereka selalu membela ahli kabilah mereka walaupun mereka tahu ahli kabilah mereka adalah orang yg bersalah smpi sanggup berbunuhan. Inilah yg islam maksudkan sebagai asabiyyah. Inilah bahayanya main kabilah apabila ia x dipandukan oleh islam. Ketua kabilah makin kaya, ahli terus meminta sedekah. Cuba kita pada zaman nabi, brapa kali nabi mintak bantuan daripada kabilah? selaklah sendiri kat kitab sirah..

Kembali kepada tajuk, knapa ana ckp Yaman mengikut jejak langkah Sudan? sbbnya sekarang ni Yaman dlm krisis perpisahan antara selatan dan utara. Spt kita maklum, Sudan telah pun berpisah antara utara dan selatannya. Dan dalang perpisahan ini adalah Amerika. Krisis perpisahan di Yaman pula adalah disebabkan oleh tidak puas hati yaman selatan terhadap yaman utara yg telah lama makan khazanah dan harta yaman selatan iaitu minyak mentah dan yaman selatan juga hanya dapat bahagian yg sedikit drpd untung minyak mentah. selain itu, yaman selatan juga x berpuas hati dgn kedudukan mereka dlm pemerintahan. x silap ana yaman selatan dpt kerusi lebih sedikit berbanding yaman utara. Di tambah lagi provoke dr amerika yg mendakwa presiden Yaman lemah dlm menangani ancaman pengganas. Perkara ini banyak dibincangkan di jamiah terutamanya waktu Syeikh Majid bagi ceramah. Ana berharap sgt perpisahan x menjadi kenyataan. Sbb inilah apa yg diimpikan musuh islam. Mereka mahu umat islam berpecah belah dan lama-kelamaan bertambah lemah. Dan inilah salah satu sbb berlakunya demo di seluruh Republik Yaman.

Knapa pula ana ckp Yaman ikut jejak Tunisia? sbbnya sekarang ni masih berlaku demo di mana2 sekitar Yaman. Ana dpt tahu dr kawan sekelas(yamani), mereka nak buat lagi demo hari khamis ni dan mereka minta foreigners minta drpd syeikh supaya x ambil kedatangan. Drpd pemerhatian ana yaman punya demo x akan menyebabkan penggulingan sepertimana di Tunisia sbb apa yg mereka tuntut adalah hak2 mereka, tukar presiden sbb dah terlampau lama memerintah(32tahun), mintak air dan elektrik, kurangkan kemiskinan, hapuskan rasuah dan hapuskan sistem kroni. Ana ckp tuntutan tukar presiden x kritikal sbbnya x ada presiden lain yg layak menggantikan yg sedia ada kerana politik di sini seolah2 x wujud. x de orang yg bersaing dlm karier politiknya. x kan la nak suruh syeikh majid jd presiden.. dah la syeikh majid sudah di cop sebagai pengganas ditambah lagi masyarakat yg x cukup bersedia utk menyokong sistem pemerintahan islam. Silap2 lps syeikh majid jd presiden je yaman terus kena serang. Ana tetap risau walaupun perkara ni x nampak kritikal sbb hati manusia ni senang berbolak balik ditambah lagi dgn hasutan syaitan. Harapnya demo kat sini x bertukar menjadi spt di tunisia dan mesir. Moga Allah memberikan jalan penyelesaian yg terbaik.

Baru2 ni kerajaan Yaman menerima kunjungan kerajaan Turki(diketuai PM Turki)dan orang Yaman kecoh mengatakan kunjungan mereka ke Yaman adalah untuk membuat persetujuan supaya urusan keluar masuk antara Yaman dan Turki boleh berlaku tanpa menggunakan pasport. Rancangan ni mmg betul2 genius dan pada pandangan ana ia adalah salah satu langkah untuk kembalikan khilafah islamiah. Yelah, knapa nak masuk antara negara islam pun kena bersusah payah dan bersangka buruk? Waktu ana nak ke mekah hari tu pun kena tunggu 12jam kat immigration sempadan yaman-saudi. Mungkin ini adalah tanda2 konstantinopel(istanbul) akan dibuka semula oleh tentera yg terbaik dan pemimpin yg terbaik.

Allahu a'lam...
[baihaqi] kalau ada rezeki nak balik malaysia tahun ni

2 comments: