Sunday, April 17, 2011

البينة على المدعي واليمين على من أنكر

salam,
عسى الله أن يرحمنا جميعا

Mereka yg faham bahasa arab pasti dpt teka apa ana nak bincangkan. Maksud tajuk ialah "bukti bg yg mendakwa dan sumpah bg yg tidak mengaku". Ini merupakan salah satu drpd qawaid fiqhiah dlm hukum fiqh islam. Kaedah ni ada disebut dlm buku مدخل في العلوم الشرعية karangan Dr. Abdul Karim Zaidan. kaedah ni diambil dr sebuah hadith. Hadith tu boleh didapati dlm buku hadith 40 imam nawawi, hadith yg ke-33(blh rujuk sendiri).

Jd, knapa ana nak bincang ttg hadith ni? Sbbnya tlh berlaku satu kes besar yg melibatkan org2 penting di malaysia yg kita dpt lihat sendiri bhw sistem pengadilan atau kehakiman di Malaysia sgt x adil berbanding sistem kehakiman islam.

Kes tu ialah kes video seks anwar. Slps video tu di tayangkan di Carcosa Seri Negara. Wan Azizah dgn anaknya, Nurul Izzah kluar kat press conference menyatakan org dlm video bukan anwar dan jam tangan omega masih dlm simpanannya. Maka sibuklah semua saluran televisyen meminta pendapat pakar2 dan penganalisis politik, perlukah Wan Azizah tunjukkan bukti kpd awam jam omega yg dia simpan tu? Dan yg paling cemerlang adalah tv3 sbb dia jumpa dkt 5 org pakar atau penganalisis. Semuanya kata Wan Azizah perlu tunjuk jam tu. Kefahaman nilah yg telah meracuni fikiran rakyat Malaysia. Semua beranggapan wan azizah perlu tunjuk bukti jam tu.

Kalau kita ikut kaedah fiqh islam Wan Azizah dan Anwar x perlu tunjuk apa2 pun bukti sbb anwar bukan pendakwa. Anwar hanya perlu wat sumpah je. Jd, apa yg dilakukan Wan Azizah adalah betul. Anwar bukan orang yg mendakwa. "bukti bg yg mendakwa dan sumpah bg yg tidak mengaku". itulah hukum yg Allah tlh tetapkan dan disebut sendiri lidah suci Rasulullah s.a.w. begitu juga dgn kes serahkan DNA kpd mahkamah. Anwar x perlu serahkan DNA sbb dia bukan pendakwa. Nampak di sini org yg nak jatuhkan itu akan menggunakan apa cara sekalipun utk menjatuhkannya. x de sorang pun nak bg tau kpd masyarakat mcm mana pandangan islam dlm kes anwar ni.

Perkara ni pernah berlaku pada Saidina Ali bin Abi Talib. sewaktu berperang dengan Muawiyah di Siffin, beliau terjatuh baju perisainya. Apabila beliau pulang dari peperangan tersebut ke Kufah, beliau mendapati bahawa baju besi tersebut berada di tangan seorang Yahudi yang menjual baju besi tersebut di pasar Kufah.

Maka berkata Saidina Ali kepada Yahudi tersebut : “Wahai orang yahudi, ini baju perisai saya, tidak pernah saya menjualnya atau menghadiahkannya”.
Berkata Yahudi itu: “Ini baju perisai ku dan ia berada di tangan ku”.

Berkata Saidina Ali: “Kita bawa perkara ini kepada hakim”.

Maka perkara ini dibawa kepada Kadi Syuraih, maka duduklah Saidina Ali sebelah hakim dan duduklah orang yahudi tersebut di depan hakim tersebut.

Berkata Kadi Syuraih: “Katakanlah wahai Amirul Mukminin”.

Berkata Saidina Ali: “Ya. Bahawa baju besi yang ada di tangan Yahudi ini adalah baju besi ku dan tidak pernah ku menjual atau menghadiahkannya kepada sesiapa”.

Kadi Syuraih: “Ada buktikah wahai Amirul Mukminin?”

Saidina Ali: “Ada. ‘Qunbar’(hamba Saidina Ali), Hasan dan Husain adalah saksi bahawa baju besi itu memang milik ku”.

Kadi Syuraih: “Kesaksian anak tidak diterima pakai bagi bapanya”.

Saidina Ali: “Lelaki daripada ahli syurga tidak boleh dijadikan saksi? Aku pernah mendengar Nabi Muhammad bersabda bahawa Hasan dan Husain adalah ketua kepada para pemuda di syurga”.

Berkata si Yahudi itu: “Amirul Mukminin telah membawa saya berjumpa dengan hakim, dan hakim tersebut memutuskan hukuman ke atasnya!!! Maka sesungguhnya ini adalah kebenaran. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Dan sesungguhnya baju besi ini memang baju besi mu (Ali). Pada ketika itu, saya sedang menaiki unta dan kamu sedang menuju siffin, maka terjatuh baju besi kamu pada belah malam. Maka saya ambil baju besi tersebut”.

Berkata Yahudi itu lagi: “Sekiranya saya katakannya, maka ianya milik kamu”.

Jd, kita nampak di sini bhw sekiranya pendakwa x de bukti maka kes selesai. Di sini kita nampak korupsi sistem kehakiman Malaysia yg tidak berlandaskan hukum Allah. Itulah hikmahnya Allah menetapkan utk pendakwaan zina wajib membawa 4 saksi. Kalau dgn video je siapa nak percaya. Skrg ni zaman teknologi. Siapapun boleh edit video. Guna teknik overlay pun boleh.

Allah mendatangkan hukum supaya selesai masalah. Kalau x menghukum dgn hukum Allah beginilah jadinya. Siapa yg boleh memberi keadilan selain Allah?

الله أعلم باالصواب

[baihaqi] saiful bukhari wat sumpah kat masjid tempoh hari sedangkan dia adalah pendakwa. x ke bodoh namanya..

7 comments:

  1. assalamualaikum akh, ana kurang jelas.

    maksudnya, orang yang mendakwa hanya perlu datangkan bukti. adakah saksi tu termasuk dalam membawa bukti atau memang tak perlukan saksi?

    dan bila orang yang didakwa hanya perlu bersumpah dia tak buat perkara tersebut, maksudnya, kes selesaikah?

    ReplyDelete
  2. wslm,
    ana bukanlah org yg pakar dlm bab2 hukum islam ni, ana just nak bwkkan hukum yg kita boleh dpt dr hadith tu. apa guna kita blaja hadith 40 tp kita tau aplikasinya dlm hidup kita. islam is the way of life.

    kaedahnya ialah pendakwa perlu membawa bukti atau saksi. jika pendakwa x mampu membawa bukti atau saksi maka cukuplah bagi yg didakwa utk bersumpah yg dia x melakukan dan dia x perlu bawa bukti yg berkaitan utk membersihkan dirinya dari tuduhan maka kes selesai. jika pendakwa berjaya bwk saksi atau bukti maka kes perlu dihakimi.

    masalahnya sekarang org awam duk sibuk nak suruh azizah buktikan jam tu ada dlm simpanannya sedangkan pendakwa x dpt buktikan yg org dlm video tu adalah anwar dan jam tu milik anwar. sekiranya sampai ke habis pendakwa x mampu bwk bukti maka anwar hanya perlu wat sumpah je(ni dr segi hukum islam).

    berkenaan sumpah pula, perkara ni adalah khilaf ulama'. ada yg ckp kedua2 pihak kena bersumpah. tp apa yg ana nak terangkan adalah hukum asasnya.

    mengenai saksi pula, saksi juga dikira sbg bayyinah.dlm kes saidina ali di atas ana x tau knapa anaknya x leh jd saksi. kena kaji lbh mendalam. dlm kes lain pula, saidina ali menggunakan anaknya sbg saksi iaitu dlm kes harta rampasan perang.

    الله أعلم بالصواب
    فاسألو أهل الذكر ان كنتم لا تعلمون

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, satu pencerahan yg bagus.syukran.

    ReplyDelete
  4. ilmu baru. syukran atas perkongsian.

    ReplyDelete
  5. oh, ana ingat Azizah patut tunjuk supaya orang ramai dapat yakin memang mereka tak bersalah. Alhamdulillah, jzkk.

    ReplyDelete
  6. kat sini kita buleh nampak keadilan Islam.

    apa yang ana faham dan nampak, memang betul yang amat kalau orang yang mendakwa tu yang sepatutnya tunjukkan bukti kepada hakim bahawa orang yang dia nak dakwa tu bersalah.

    sebabnya, kalau orayg yang didakwa yang kena tunjukkan bukti dia tidak bersalah, ni bermakna bukti2 yang dia beri tu boleh disalah gunakan oleh pihak pendakwaraya (macam yg berlaku dlm kes DSAI masa 1998)

    indah dan cantek Allah susun Islam. Alhamdulillah

    ReplyDelete