Thursday, January 14, 2010

Al-Qaeda dan Yaman

Salam ,
Spt antum tahu, berita pasal yaman blh dilihat dimana-mana channel, cnn bbc jazirah tv3 fox news dll. Mcm2 berita pasal yaman smpaikan stp kali ana hantar mesej kat keluarga ana mereka mesti reply "mcm mana perang kat yaman? Kat sana’a ada perang ke? Cmne perang kat sana’a?" sahabat2 ana pulak "nta kluar rumah x?"Dan stp kali itu ana akan reply jawapan yang sama. X tau la apa berita yg kluar kat tv Malaysia… tp nampak gayanya mcm beritanya cerita yg sana'a tgh dlm peperang besar. Dlm post ni ana cerita skit ttg reaksi yaman selepas berita2 di atas mengaitkan yaman dgn al-qaeda.

Firstly, hari sabtu lepas, waktu mlm , sekumpulan konvoi tentera lalu depan sakan(asrama) ana. Kereta kebal, artillery, rocket launcher, tentera dll. X tau arah mana tujuan mereka. Yang pastinya jalan yg mereka lalu akan terus ke airport sana’a . Bandar sana’a sebenarnya kecil je. Dr jamiah iman pun kita dapat tengok kat mana penghujung sana’a. jadi blh la agak skit 2 kat mana mereka nak g. keesokan harinya x de dengar pun apa2 berita pasal konvoi tu. Surat khabar yaman pun x de berita pasal tu. Cuma cnn je yg gunakan gambar konvoi ni utk ckp benda lain. Harapnya x de apa2 buruk yg berlaku. Nauzu billah min zalik.

Kalau dilihat pd masyarakat sana’a, reaksi mereka seolah-olah tiada apa2 yg berlaku. Rileks je…. Stp orang lakukan aktiviti harian masing2, yg belajar pergi tempat belajar, yg menganggur duduk kat tepi jalan tunggu di"hire". Mungkin yg berbeza skit ialah sekatan jalan raya oleh tentera. Dua hari lepas ana dgn sahabat ana pergi ke kedutaan besar Malaysia n tanya setiausaha 3 kedutaan ttg al-qaeda. Katanya sebenarnya x de apa2 pun berlaku, pemberita2 kebanyakannya hanya mahu nak buat untung je dgn berita2 mereka. Mungkin kedutaan amerika, uk n sepanyol ditutup hanya nak buat gempak je. Kedutaan Malaysia rileks je..

Keadaan jamiah iman mungkin berlainan sedikit, br2 ni gambar jamiah iman masuk dlm berita cnn tajuknya “yemen university in focus after Christmas flight incident”. Dlm berita ni cnn x sebut yg Umar Farouk Abdulmutallab(org nigeria yg dituduh letupkan kapal terbang kat Detroit) pernah blaja kat jamiah iman tp cnn just tulis yg Umar Farouk Abdulmutallab pernah blaja kat sebuah university di sana’a tp x tau university mana. Bila baca je berita ni, ana rasa suspicious. Dlm banyak2 university kat sana’a knapa mesti gambar jamiah iman jgk yg diletak.kat sana’a je dah banyak universiti e.g university of sana’a, university of science n technology, yemeniyah university, saba’ university dll. Semua universiti ni ada kuliah dirasah islamiah. Cnn letak gambar tu seolah-olah mahu tuduh almutallab pernah blaja klat jamiah iman. Nasib baiklah jamiah iman terutamanya idarah syu’un tullab(pejabat bahagian pelajar) x guna internet dlm urusan mereka. Sekiranya jamiah iman guna internet mesti dah lama nama Umar Farouk Abdulmutallab tiba2 ada dlm list nama pelajar jamiah iman. Maklumlah zaman skrg ramai org yg reti hack computer. Kalau kerajaan amerika, hacking computer bg mereka mungkin mcm petik jari je. Bukan nak sangka buruk dgn amerika tp sbg langkah berjaga-jaga sbb sblm ni ana pernah tengok cerita prison break season 1 n 2. Cerita ni menayangkan cmne kekotoran kerajaan amerika dlm urusan pentadbiran mereka. Dlm cerita ni dgn mudah presiden bunuh sesiapa yg menggugatnya, memadam indentiti sesipa(padam rekod perbualan telefon, padam rekod peribadi, padam gambar2 kita), menambah identity seseorang dll. Syukurlah smpi skrg x de apa2 lg yg berlaku kat jamiah iman. Cuma beberapa perkara yg membuatkan ana risau dgn jamiah iman iaitu hampir stp hari ada je pemberita yg masuk jamiah iman buat rakaman n liputan. Kelmarin cnn, semalam rueters, hari ni x tau sapa pulak nak dtg . sampaikan khutbah jumaat pun mereka nak rakam. Kebetulan hr tu syeikh yg hebat(x perlu bg tau nama takut jd fitnah) bg khutbah, syeikh ni terpaksa x sentuh pasal perang(masjid lain kebanyakannya ckp pasal perang), terpaksa habiskan khutbah dgn segera. Tindakan pemberita2 ni seolah-olah nak tuduh jamiah iman ni bersalah n penaja kepada keganasan. Mereka ni betul2 menyibuk kat jamiah iman. Mungkin ini shj opinion ana ttg keadaan yaman skrg. Wallahu a’lam.

Br td terbaca emel dr group alumni smih:
1. Hari tu ana ade jumpe sorang ikhwah Batch 11 nak gi Yaman. Ana jumpe die dalam Komuter.Di nak gi sambung belajar di University Iman,Yaman.
2. Ade sape2 batch 11 boleh update pasal die tak?
3. Yemen mungkin nak di serang oleh US. Rektor University Iman dah keluar statement pasal perkara nie mungkin antara target Utama die, dan Universiti Iman jugak. mungkin target serangan US.
Fakta mengenai Univerisiti Iman,

1.free untuk study
2.structure pembelajaran yang ketat. Tapi kalau berjaya habis blaja, memang power... cth: dalam 2000 pelajar satu batch...hanya 145 pelajar yang berjaya menamatkan pembelajaran.
3.Imegresen Yemen tak boleh tahu kite belajar di Universiti Iman...So kene datang yemen dengan sebab lain.
4. Sape2 yang passport die di cop di yemen. susah nak masuk negara eropah sebab negara die secara rasminya dilihat sebagai negara Jihad. But still boleh masuk negara eropah..cuma kene banyak tanyeeeeee oleh imegresen...

Fakta mengenai Yemen
1. Kerajaan Yemen hanya menguasai kawasan yang kecil.
2. Penduduk Yemen walaupun mundur dari sudut technology.. tapi sangat maju dari sudut Ilmu Agama.. berbanding Melaysia...
3. Orang Yemen rajin blajar...bile pesta buku..siap bawa troley nak beli buku.. buku die murah dan banyakkkkk..
4. Tokoh2 ikhwan menguasai kawasan majoriti kawasan di yemen. So kerajaan terpaksa depend on tokoh2 ini, untuk kawal rakyat die.
5. Banyak penculikan pelancong berlaku..sebab penduduk nak mintak elektrik dan sebagainya.. . walaupun diculik tapi tetap dilayan dengan baik oleh penduduk..seperti bawak jalan2"adul ade cite menarik..mengenai perkara nie"

Last skali,

Ana nak anjurkan untuk berhati2.. tengok polisi US betul2... ade kemungkinan die nak serang Yemen.... Kalau die serang Yemen... Faham2 laa sape target die tu... jadi balik2 laa cepat ke Malaysia.. Kalau nak syahid pun.. buat blog...nanti syahid...orang boleh kenang.... "
Lps baca emel ni ana admit yg maklumat kat atas semuanya benar..

Lastly, nak cerita skit sebanyak pengalaman baru kat sini.
Khamis minggu lepas seorang ahli sakan ulum kahwin dan majlis akad nikah diadakan kat sakan. Kedua-dua pengantin merupakan pelajar ulum n warganegara china. Ini merupakan majlis yg paling sempoi pernah ana tengok. majlis ni hanya sediakan carbonated drinks n layer cake utk hidangan tetamu. Dan utk akadnya, pengantin hanya perlu mengulang apa yg jurunikah ckp dlm banyak nafas . Bukan macam kat Malaysia, akad mesti dlm satu nafas, klu x kena ulang balik. Sebenarnya adat Malaysia sewaktu akad hanya menyusahkan shj. Sedangkan islam itu mudah. Sblm akad, ada sorang syeikh menawarkan diri utk biaya walimah bg sesiapa (pelajar wafiddin) yg kahwin dgn perempuan yaman n syeikh tu tanya siapa yg nak kahwin perempuan yaman, x de sorang pun angkat tangan malah ada yg kutuk perempuan yaman dlm bahasa masing2. ana pun x sanggup. Sbb apa? Dtg la sndiri ke yaman n tgk sendiri cmne perempuan yaman….

bbrp hari lepas, syeikh hadis ana berkata"yamani mujrim khamsin marrah(org yamanni 50 kali penjenayah)". Semua wafiddin gelak…Sbbnya org yaman slalu nak cabut dr dr kuliah hadis . kebiasaannya org2 yaman yg nak cabut ni terkantoi dgn syeikh.bila dah terkantoi, syeikh ni akan marah habis-habisan mereka yg nak cabut. Yamaniyyun ….yamaniyyun. teruk sgt perangai mereka. Klu lelaki yaman dah cmni, perempuan yaman cmne pulak ye? Tp ada satu perkara yg ana suka dgn org yaman ni, mereka ni banyak bertanya sewaktu kuliah, bila syeikh tanya soalan hampir semua org yaman angkat tangan nak jawab walaupun mereka tahu jawapan mereka ni akan digelakkan oleh 300 org pelajar..yaman2…

di sini ana selitkan skit video akad nikah pengantin china di sakan kami..sori la kualiti x brapa bagus. video amatur je, x de boom, camera stand, set, juru make up dll.

Saturday, January 2, 2010

-Syaghil Jiddan-

salam,

dlm post kali ni nak cite skit pasal kehidupan kat jamiah iman n keadaan yaman skrg(peperangan kat utara yaman)

kehidupan kat jamiah iman

jd pelajar tahun satu jamiah iman mmg sibuk. klas start betul2 lepas subuh n habis 11.30 pg. jd sblm subuh lg dah kena ada kat jamiah. jalan ke jamiah sgt sejuk. suhu waktu pagi: around 8 degree celcius. mmg kena semua tutup anggota badan termasuk muka. moga Allah memberi kekuatan kpd kami utk bangun awal stp hari..

lps jamiah iman kena g jamiah yemeniah pula. jamiah iman mmg x sediakan visa utk pelajarnya sejak peristiwa 11/9, jd kena wat visa kat university lain. kelas jamiah yemeniah smpi kul 2. lps jamiah yemeniah ada halaqah quran kat sakan tullab jamiah ulum. sblh mlm pula... hampir stp mlm penuh dgn muhadharah. lps muhadharah br ada masa utk rehat. lagi satu, cuti kat jamiah iman cuma hari jumaat je... ya allah penuhnya jadualku...berilah kekuatan kpdku utk menempuhinya...(mungkin ini tarbiah dr Allah utk ana)

tp ana mmg suka sgt blaja kat iman. syeikh dia semua hebat2. cuma yg sedihnya sem ni syeikh abdul majid aziz az-zindani x ajar tahun 1. biasanya syeikh majid akan ajar subjek iman(kitab yg dia tulis sndiri)tahun satu. nak cite skit pasal syeikh majid, syeikh merupakan most wanted person in yaman by the u.s government sbb semua org kat yaman tahu yg syeikh majid dah jumpa penawar bagi hiv(masih dlm peringkat beta) tp skrg ni syeikh majid dilindungi oleh presiden yaman sndiri. presiden yaman pernah janji x kan serahkan syeikh majid kpd u.s.(smoga Allah melindungi syeikh majid).

org2 yaman terutamanya kat jamiah terkenal dgn bahasa arab fushah dlm percakapan harian. alhamdulillah skrg ni dah blh cakap arab dgn lancar(skit2 la). pd awalnya ana fikir ana x akan dpt masuk tahun satu sbb waktu interview bahasa arab ana mmg tunggang langgang. ana just faham apa yg ustaz ckp tp ana sndiri x ckp banyak(jawab soalan skit2 je). mungkin kelebihan ana waktu tu ialah nahu. waktu tu ana masih ingat lagi kaedah2 bahasa arab yg dipelajari waktu form 5. soalan interview syafawi n tahriri utk masuk tahun 1 jamiah iman kebanyakannya mengenai nahu n saraf. syukran jazilan kpd ustazah zuraidah(guru BAT waktu form 4 n 5). mungkin sbb berkat pengajaran ustazah ana ingat kaedah2 bahasa arab smpi skrg.

mungkin ana blh kongsi sedikit sbanyak cr nak skor dlm BAT n sterusnya dptkan anugerah khas bat(bukan nak menunjuk tp sbg motivasi) berdasarkan kpd pengalaman ana. mungkin ini kelebihan yg Allah berikan kpd ana iaitu dpt detect sndiri teknik2 mudah utk skor dlm kebanyakan subjek spm. BAt merupakan subjek pertama yg ana dpt detect tekniknya. hakikatnya ana mmg x reti ckp bahasa arab n nak tulis karangan bahasa arab pun x reti. ana just hafal sedikit kalimah2 arab yg biasa2 je. firstly, cb kita lihat kertas 1(soalan2 yg berkaitan dgn nahu n balaghah). hakikatnya soalan2 bat kertas1 spm x akan berubah. ia akan hanya berpusing sekitar soalan yg sama je. jd kita just kena hafal n faham nota yg front page dia tertulis "gener8 mission 2.8 Bahasa arab tinggi gps 3.99". bg ana nota ni 90% lengkap. cuma kena tambah skit2 je. kertas ni kena skor paling kurang 75/80. ana mmg btul2 beri'tiqad yg kertas ni sgt mudah berbanding kertas 2. utk kertas 2 pulak(wat karangan, wat ayat dll), utk karangan ana mmg terjemah sbijik2 dr bahasa melayu ke bahasa arab. ana sboleh mungkin akan pilih karangan laporan sbb wat karangan ni lg mudah dr wat karangan pasal solat, zakat dll. drpd penelitian ana, klu kita wat cr ni kita akan dpt 20/30. utk bahagian terjemah melayu ke arab, ana wat cr yg sama iaitu terjemah sbijik2. dgn cr ni kta akan dpt 10/15. utk cari isi penting dr karangan, ana just amik stiap ayat n tambah inna n qad. dgn cr ni kita akan dpt 7/10(klu x silap). utk solan ketiga n keempat kita insya Allah dpt jawab dgn senang(klu dah hafal nota) sbb bahagian ni berkaitan dgn nahu n balaghah. dgn cara ni stp kali periksa ana dpt skor around 81/100.

Keadaan yaman skrg

sepertimana antum blh lihat dlm berita2, yaman skrg tgh berperang. kat sblh utara sana'a(sa'ada) kerajaan tgh berperang dgn puak syiah hauthi. br2 ni u.s tuduh al-qaeda ada kat yaman n u.s mungkin akan hantar tenteranya ke yaman. bg ana u.s hanya menyibuk jika mereka hantar tentera sbb kat yaman ni setiap keluarga paling kurang mempunyai 3 senapang. kerajaan blh je nak minx rakyat dia berperang sbb mereka ni reti menembak n mereka sentiasa bawak senapang bersama walau ke mana2 hatta ke solat jumaat. walaupun mereka ni bwk snapang ke mana2, sgt jarang dengar berita org mati kena tembak sbb hampir kesemua org yaman berpegang teguh dgn islam. klu nak mintak pemandu teksi bg ceramah pun boleh(siap bg dalil quran n hadis). inilah kelebihan islam di yaman. mereka hidup dlm suasana ilmu. islamlah yg telah membawa rahmat ke negeri ini. cb kita bandingkan dgn kota mafia iaitu mexico city, stp hari dgr org kena bunuh n polis sndiri pun takut dgn mafia. inilah kesan masyarakat yg tiada nur iman dlm hati mrk. ana berharap malaysia dpt jd lbh baik dr sana'a...

Wednesday, December 16, 2009

Iman dan Hikmah dr Yaman

salam,

rasanya dah lama sgt x post. bukannya sbb malas or x de idea. idea belambak n boleh dikatakan bersepah-sepah smpi malas nak kemas balik. banyak tmpt dah kami ziarah n byk jgk pengalaman yg kami dpt. tp sbb utamanya ialah internet connection yg begitu lmbat kat sini. mungkin disebabkan yaman br 3thn kenal internet adsl 1mb. waktu nak tulis ni pun dah ada masalah connection...sabar2. lagi satu pemilik cyber cafe kat sini kebanyakannya hanya tahu buka cc je tp x tau nak buat maintenance n baiki komputer kecuali cc tu milik org syria.

dlm post ni nak kongsi skit je apa yg dah berlaku kat sini. firstly, ana nak admit yg yaman ni negeri iman dah hikmah spt dlm sabda rasulullah(x ingat matan dia tp pernah dengar dr mulut dr yusuf al-qaradhawi sndiri dlm video promo universiti iman). tp smpi skrg x nampak lg scr jelas apa yg rasulullah nak maksudkan sbb kat yaman ni dr segi ilmu islam mmg ana tabik. mrk ni sgt open dlm mengamalkan mana2 mazhab. tp dlm kehidupan seharian(di mana shj) mmg ana bengang dgn arab kat sini.

cthnya waktu nak main bola kat sebuah hadiqah namanya hadiqah sabi'ien. sblm tu nak cite skit pasal sana'a ni dr sudut geografi. ketinggian sana'a ialah 2250meter(gunung tahan pun 2187m) dr aras laut n skrg ni musim sejuk. kalau siang degree celcius dia around 15 tp klu subuh around 8 degree celcius. hadiqah ni ada sediakan banyak court utk futsal n siapa yg dtg awal dia la yg dpt main kat court tu. skali tu kami dtg awal n berjaya conquer salah satu court. x pasal2 org2 arab dtg ramai2 tgk kami main futsal. pastu dia mintak nak main kat court kami. kami pun ckpla byk lagi court lain yg kosong, kami nak main sesama kami n siapa yg dtg awal dia la yg dpt court. arab2 x puas hati jgk, mrk still nak main. so, kami pun bg la dia main 1 match lawan dgn kami. sape yg dpt dua gol dulu dia menang n match dikira habis. dlm match ni mrk yg menang. lupa nak ckp yg main bola kat sini x sama mcm main bola kat msia. main 5 min je dah rasa penat sgt n dlm dada akan terasa sejuk n kering sgt. tp klu dah biasa dgn keadaan kat sini x masalah sgt nak main bola. lps mereka menang mrk ajak team lain(arab) masuk lwn mrk. kami pun ingatkan balik kat mrk yg mereka janji nak main satu match je. x pasal2 mrk berhujah hadiqah ni utk sume org(waktu ni ada lagi court yg kosong). lama jgk kami bertekak dgn mrk. satu ayat yg ana x leh terima yg kluar dr mulut mrk waktu bertekak ialah "khairun nas arabi". kami pun balas balik" inna akramakum 'indallahi atqakum". pastu kami bla dr situ n main kat court lain. apa yg ana dpt kat sini, klu nak berjanji dgn arab kita kena nyatakan perjanjian kita byk kali smpi mrk betul2 jelas n faham. sbb kebanyakan mereka ni x menepati janji dlm apa jua urusan. mmg sgt tepat Allah utuskan nabi muhammad kpd kaum arab utk mengajar mrk menepati janji. ada lg event2 lain yg menyebabkan ana rasa mmg sgt tepat allah bangkitkan seorang rasul dr kalangan arab(x perlu kot crite kat sini).

smpi kat sini saja. insya-Allah ana akan terus mencari apa yg rasulullah maksudkan iman dan hikmah di yaman.
















Masjid As-Salih
, haddah, Sana'a
org2 malaysia kat sini slalu panggil masjid ni masjid presiden. nama presiden yaman: ali abdullah salih. pada pandangan ana masjid ni lagi besar n cantik dr masjid putra kat putrajaya. tp yg ana sangsi mrk buat masjid guna duit yg dtg dr mana, mesti duit rakyat.. rakyat ramai menganggur, kerajaan pulak wat masjid cantik














Hadiqah Sabien

ni gambar masa first time main futsal kat atas gunung(sana'a 2250m). gambar ni x de kaitan dgn scene di atas. org arab yg dlm gambar ni pada tekaan ana mereka ni satu usrah sbb mrk ni akan main futsal stp hr rabu n mrk ni slalu ajak kami main skali. yg berjanggut panjang tu merupakan syeikh kat haddah(x ingat nama dia). dlm match ni malaysia menang!
















Bab Yaman

ni gambar di babul yaman. dikatakan kota anak nabi nuh, sam bin nuh. kat dlm ni penuh dgn bgnn2 lama yg berusia ratusan tahun. dlm ni juga ada masjid al-kabir, masjid yg qiblatnya ditentukan oleh nabi muhammad sndiri. cb cr hadisnya sndiri. apabila dicheck kembali arah qiblat dgn alatan canggih skrg, qiblatnya tepat ke baitullah. kat dlmnya jgk dikatakan tmpt berlepas tentera bergajah abrahah.

















Darul Hajar

ni gambar waktu kat darul hajar. rumah persinggahan Al-imam yahya(klu x silap).
imam ni merupakan pemerintah yaman utara. yaman selatan pula dikuasai british. yaman jd republik apabila imam diguling dgn bantuan tentera mesir. mungkin dsbbkan mesir bg bantuan tentera, bendera yaman hampir serupa dgn bendera mesir.

















Universit Al-Iman

gambar kat sebatang jalan di dlm jamiah iman.

















Rumah Iman


rumah yg ana tinggal waktu mula2 smpi. mcm tpmt perang. jangan sangka luar nampak buruk dalamnya pun teruk. dlmnya lawa n penuh dgn komputer(siap online dota). kebanyakan rumah kat yaman luar nampak hodoh tp dlm cantik. ana duk sini 2 bulan je.

Saturday, September 26, 2009

Salam eidul fitri ...minal aidin wal faidzin.

Salam eid fitri(walaupun mcm dah terlambat utk ucapkannya),

semoga tarbiyah ramadhan slama sebulan dpt memberi kekuatan kpd kita utk harungi 11 bulan yg lain.

skrg merupakan masa yg paling sesuai(syawal) utk posting sbb ramadhan bukan masanya utk berposting sakan.

teringat ana waktu kat dq, waktu nak buka puasa. tiba2 kecoh sahabat seusrah dipatuk ular. orang yg tengah sibuk berbuka pun x jd berbuka sbb nak tgk keadaan sahabat ni.
smpi je kat bilik sahabat ni, riuh rendah orang tergelak. pelik. sahabat yg kena patuk ni tersengih x habis2. orang lain sume risaukan dia n tanya cmne keadaan dia. sahabat ni ckp(lbh kurang la)," x sakit pun, cuma gatal2 kat tmpt kena patuk," ana pun pelik. syahir pulak bersemangat ajak ana tangkap ular tu(pelik jgk syahir ni). ana ckp kat dia"mesti ular tu dah lari skrg," tp budak2 dq lain ckp ular tu x gerak lepas dia patuk sahabat ana.

ana pun ikut ckp syahir. klu ikut logik btul jgk kata syahir,"kita tangkap ular tu pastu tunjuk kat doktor, nnt senang doktor nak bg ubat." dgn semangat syahir bwak galah 2.5 meter ke tmpt sahabat ana kena patuk, kat tangga masjid dq. smpi kat masjid ular dah x de. pastu kami balik bilik n call ust utk bwk sahabat ni ke hospital.

x lama pastu ust pun dtg. selesai masalah. sahabat ni kena tahan kat wad. dia cite, waktu smpi kat hospital br dia rasa kebas tangan n x leh gerak. pelik betul sahabat ni. esoknya dia dah sembuh n blh kluar wad.

klu direnungkan kembali knapa waktu nak tangkap ular ana n bbrapa sahabat rasa cuak. sdgkan ana sndiri pernah pegang ular hidup, bunuh ular kat taman ana dll. mungkin manusia secara fitrah takutkan ular. mungkin sbb itulah ular dijadikan ancaman azab kubur spt dlm sebuah hadis nabi yg maksudnya:

Dari abu hurairah, sabda rasulullah: sesungguhnya seorang mukmin itu di dalam kuburnya berada dalam sebuah taman yg hijau, hingga dilapangkan kuburnya sebanyak 70 hasta dan diberikan cahaya seperti cahaya bulan di malam purnama"

apakah anda tahu knapa ayat ni dturunkan:"dan barangsiapa yang berpaling dari mengingatKu maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan akan kami bangkitkan ia pada hari kiamatdalam keadaan buta(Thaha:124)?

apakah anda tahu apa itu kehidupan yang sempit? itulah azab yang diterima orang kafir di dalam kuburnya. Demi Dzat yang jiwaku di dalam genggamannya, orang kafir ituakan dikuasai oleh70 ekor tanin. anda tahu apa itu tanin? itu ertinya 70 ekor ular, yang stiap ular memiliki 7 kepala yang akan membisanya dan melingkarinya hingga remuk smpi hari kiamat.

Ada juga hadis lain yang menyatakan jika ular itu menghembuskan nafas ke bumi nescaya bumi itu tidak akan subur slama-lamanya.

nauzu billah min zalik.

Friday, August 21, 2009

Ahlan ya Ramadhan Karim

Alhamdulillah Ramadhan menjelma lg,

Sabda rasulullah mafhumnya: "telah dtg bulan ramadhan kpd kamu penghulu segala bulan, selamat datang diucapkan kpdnya(ramadhan)"
(riwayat Ahmad)

Syukur sangat kita dipilih oleh Allah untuk merasai ramadhan tahun ini.
Sedih mengenangkan Ust Asri Ibrahim. Beliau tidak diizinkan Allah untuk bertemu ramadhan kali ni(semoga Allah menempatkan beliau bersama orang yang soleh). Jadi, sahabat sekalian termasuk diri ana sendiri perlu bersyukur banyak2 kpd Allah kerana peluang ini x tentu lg datang tahun depan. Kita gunakan madrasah tarbiah ini sepenuhnya untuk membentuk diri kita kpd yang lebih baik. ahlan wa sahlan ya ramadhan karim kullu 'am wa antum bikhair.

Sunday, August 16, 2009

Bulan 7 yg lepas

Salam,

kalau bezakan tajuk dgn tarikh post nampaknya macam dah kolot sgt artikel ni . ni semua kerana x dpt guna internet kat mana2 ana gi; kat dq n kat rumah. kalau kat dq mmg dah tau yg susah nak dapat komputer kalau kat rumah pulak x tau apa masalah dengan Telekom malaysia. jap2 ok jap2 ada masalah dgn streamyx. mungkin ini semua ujian Allah kpd ana. x pe lah ana redha. pasti ada hikmah disebaliknya.

kembali semula ke pangkal jalan, ana sebenarnya nak ceritakan apa berlaku kat atas diri ana sepanjang bulan tujuh n ia betul memberi kesan n menguatkan azam ana untuk terus thabat atas jalan ini.

bulan tujuh lepas, habis je konsis kat setiawangsa ana n dua sahabat ana pulang ke dq naik putra lrt utk kl sentral. smpi kl sentral sahabat ana, firas ckp dia nak bli majalah i. so, kami melencong ke sebuah kedai buku. kebetulan ternampak tajuk2 utama akhbar. harakah tajuk dia "mana hilangnya RM258 billion?", bharian n utusan pulak pasal kes H1N1 meningkat n pesakitnya dtempatkan di hospital sungai buloh n HKL(lebih kurang mcm tu la). lama jugak tunggu sahabat ana ni cari majalah. ana pun belilah harakah(saja nak tau pasal politik. islam kan merangkumi politik jugak!:)

selesai beli belah kat sentral, naik komuter untuk ke rawang. waktu ni dah mula ngantuk. harakah pun mcm dah mula hilangkan hurufnya dr mata ana. kebetulan waktu tu yg duduk dkt ana seorang kulit hitam yg memakai rantai salib n tangan kanannya memegang bible(x silap ana old testament). waktu tu syahir ada baca buku debat ahmad deedat, so, firas pun ckp kat syahir pergilah debat dgn org tu. syahir x brani n just tersengih je. waktu tu kami bertiga berdiri je sbb kerusi dah penuh. suddenly ada satu tempat kosong ana pun duduk la kat sblah orang kristian tu n smbung balik baca harakah. lps seminit dua baca harakah ngantuk pun datang balik. ana pun tutup harakah n cuba lelepkan mata. tiba2 org kristian bercakap, " can i borrow your newspaper for a while?" ana pun bg kat dia. " can you read malay paper?" ana tanya dia. "oh shit!" dia balas. "there is english section that can read it", ana memberi cdgn kpd dia. dia pun buka english section. "where are you come from?", ana tanya dia. "south africa", jwbnya ringkas. "do you know about politic in malaysia? ana tanya dia lg. "I follow malaysian politics long ago but now not anymore". stelah belek2 tajuk2 dlm english section dia pun pulangkan balik harakah kpd ana. "what is your name?" dia tanya ana. ana sangka dia akan rasa pelik bila dengar nama( maklumlah nama yg jarang org guna) so, ana kluarkan kad nama peserta konsis. dia baca n ckp"your name is arabic name". ana pun terfikir mcm mana dia tau nama ana ni nama arab. knapa dia x rasa nama ana ni indon or finland or rusia? "what is your name?" ana pulak tanya dia. "Emanuel. oh is must drop by now. see you again" dia pun bangun n turun kat stesen sungai buloh. ana pun x de syak apa2 bila dia turun kat sungai buloh sbb waktu tu mmg dah betul2 penat.

6.30ptg kami smpi kat dq. ana pun criter la pasal konsis kat sorang ahli usrah ana yg baru ditarik n dia x dpt g konsis sbb ada keja perlu dibereskan sebagai ketua biro ekonomi iqrac n ana cite skali pasal kejadian dlm komuter. sahabat ni pun tanya ana"bape org kristian waktu dlm komuter tu? dia pakai baju apa?". "dua org je. soarang pakai coat sorang lg pakai baju kemeja siap tuck in". "confirm2, dua org ni la yg nak g kristiankan orang kat hospital. klu kat sabah cmni lah lagak org yg nak kristiankan org kat kwsn perumahan n kat hospital sabah." terkejut ana. ana pun mula terfikir mungkin dua org tu turun kat sungai buloh sbb nak g kristiankan org kat hospital sungai buloh. sgt geram n rasa nak pergi hospital sungai buloh waktu tu jugak utk slamatkan akidah org2 islam yg terlantar sakit di atas katil hospital yg sudah tentunya mrk ni memerlukan kata2 smangat dr org lain. waktu tu baru terasa kita ni umat islam yang sgt lemah dlm kebanyakan sudut kehidupan. berapa ramai antara kita yg sanggup jd pendakwah sepenuh masa n berdakwah di tempat yg mcm ni yg mana kebanyakan orgnya hanya fikir yg ia akan mati esok lusa disebabkan penyakit kronik yg dihadapi. klu blh akan drancang lps ni program misi dakwah di hospital selain dr berdakwah kat shopping mall(just a suggestion).

kejadian ni first time berlaku live depan mata ana. sblm ni asyik dgr crite dr org lain je. moga post kali dpt menyedarkan kita yg kerja dakwah kita sgt byk n seringkali dicabar n dikacau oleh musuh2 islam terutamanya kristian n yahudi. moga akhi n ukht terus semangat untuk berjuang fi sabilillah.

lps je kejadian tu makin ramai yg join usrah kami n skrg dah 14 org ahli usrah kami kat dq. doakan kami terus thabat dlm meneruskan usaha dakwah kat dq.

Tuesday, June 16, 2009

Jil Al-Quran Al-Farid

Sedih hati x dpt gi JNK(Jaulah Nilai-KLIA).
Tp mungkin ada hikmahnya Allah ilhamkan bonda ana yang tersayang supaya x bg ana gi JNK.

Mungkin apabila tengok je tajuk post ana kali ni pasti ada yang kata"Dah pernah baca artikel ni...". Ana pun pernah baca tp itu 2 tahun yang lepas. Bila baca balik lepas kluar sekolah feeling dia lain sikit sbb kita dah betul2 berada di luar dunia hidayah dan berada dalam masyarakat. Semoga artikel ini mampu memberi sekelumit kesedaran kpd kita.


Dakwah Islamiyah telah melahirkan satu generasi manusia, generasi sahabat Rasulullah SAW, Ridhwanullahi alaihim. Iaitu suatu generasi yang paling istimewa di dalam sejarah Islam dan sejarah kemanusiaan lainnya.

Generasi itu tidak pernah muncul dan timbul lagi sesudah itu, walaupun terdapat juga beberapa peribadi dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah, tetapi tidaklah lahir lagi segolongan besar manusia, di satu tempat yang tertentu pula, seperti yang telah muncul dan lahir di dalam generasi pertama dakwah ini.

Ini adalah satu fakta dan kenyataan yang tak terbantahkan yang di dalamnya mengandungi nilai-nilai tertentu yang perlu kita perhatikan dan renungkan dengan sungguh-sungguh, agar dapat kita menyelami rahsianya.

Al-Quran yang menjadi sumber dakwah ini masih berada bersama-sama kita. Hadis Rasulullah SAW dan petunjuk-petunjuk perjalanan hidup dan sirahnya yang mulia itu juga masih ada di samping kita. Keduanya juga telah ada bersama-sama dengan generasi yang terdahulu itu, tidak hilang oleh perjalanan sejarah dan tidak lapuk oleh perkembangan zaman; hanya diri Rasulullah SAW saja yang tidak lagi bersama kita sekarang. Inikah rahsia perbezaan antara generasi sahabat dengan generasi kita saat ini?

Allah SWT telah memberikan jaminan untuk memelihara Al-Quran, dan telah mengetahui bahwa dakwah ini harus terus tegak selepas zaman Rasulullah SAW. Setelah membuahkan hasil yang baik; lalu diwafatkan-Nya Rasulullah SAW setelah 23 tahun beliau menjalankan tugas dakwah dan menyampaikan tugas kenabian. Allah SWT akan tetap memelihara agamaNya ini hingga ke hari kiamat. Dengan demikian, maka ketiadaan diri Rasulullah SAW itu tidak boleh dijadikan jawapan atas kegagalan dakwah di zaman ini.

Pasti ada sebab lain yang membezakan antara generasi kita dengan generasi sahabat Rasulullah saw. Mari kita lihat pada sumber rujukan generasi pertama itu. Mungkin
sesuatunya telah berubah. Kemudian kita lihat pula kepada program dan jalan yang telah dilalui mereka, barangkali ada sesuatu yang berlainan dengan kita.

Sumber pokok yang dijadikan rujukan oleh generasi pertama itu ialah Al-Quran, hanya Al-Quran saja. Hadis Rasulullah SAW dan petunjuk-petunjuk beliau adalah semata-mata merupakan penafsiran kepada sumber utama itu. Ketika `Aisyah Radhiallahu'anha ditanya mengenai perilaku dan perjalanan hidup Rasulullah SAW maka beliau menjawab: “Perilaku dan perjalanan hidup beliau [Rasulullah SAW] itu ialah Al-Quran” (Hadis riwayat Nasai)

Hanya Al-Quran sajalah yang menjadi sumber panduan mereka, perjalanan hidup dan gerak-gerik mereka. Ini bukanlah kerana umat manusia di zaman itu tidak punya peradaban, tidak mempunyai kebudayaan, tidak mempunyai pelajaran, tidak mempunyai buku karangan dan tidak mempunyai kajian!

Sekali lagi tidak! Kerana sebenarnya di zaman itu telah ada peradaban dan kebudayaan Romawi, buku-buku dan undang-undangnya, yang telah dan masih diikut dan dijadikan panduan oleh orang-orang Eropah sampai hari ini. Di sana juga telah wujud peninggalan peradaban Yunani (Greek), ilmu mantiknya, falsafah dan keseniannya, yang juga masih menjadi sumber pemikiran Barat hingga sekarang; malah di sana juga telah wujud peradaban Parsi, keseniannya, sajaknya, syair dan
dongengnya, kepercayaan dan sistem perundangannya, serta peradaban lain,
seperti India, China.

Romawi dan Parsi berada di sekeliling semenanjung Arab, baik di utara mahupun di selatan. Ditambah lagi agama Yahudi dan Nasrani yang telah ada di tengah-tengah semenanjung itu sejak berapa lama.

Jadi bukanlah faktor kekurangan peradaban dan kebudayaan duniawi yang menyebabkan generasi pertama itu merujuk kepada Kitab Allah (Al-Quran) saja
dalam masa pertumbuhan mereka, tapi justeru karena “planning” yang telah ditentukan dan program yang telah diatur.

Dalil yang terang atas keadaan ini ialah kemurkaan Rasulullah SAW ketika beliau melihat Sayyidina Umar bin Al-Khattab R.A. memegang sehelai kitab Taurat. Melihat keadaan ini beliau pun bersabda: “Demi Allah sekiranya Nabi Musa masih hidup bersama-sama kamu sekarang ini, tidak halal baginya melainkan mesti mengikut ajaranku.” (Hadis riwayat Al-hafidz Abu Ya'la dari Hammad dari Asy-sya'bi dari Jabir)

Yang demikian maka dapatlah diambil kesimpulan bahwa Rasulullah SAW, bermaksud dan mengarahkan supaya sumber panduan dan pengajaran generasi pertama itu, dalam peringkat pertumbuhan mereka, hanya terbatas kepada kitab Allah (Al-Quran) saja supaya jiwa mereka menyatu dengan programNya yang tunggal itu. Karena itulah beliau murka melihat Umar bin Al-Khattab R.A. mencoba mencari panduan lain selain Al-Quran.

Rasulullah SAW bertujuan membentuk satu generasi yang bersih hatinya, bersih pemikirannya, bersih pandangan hidupnya, bersih perasaannya, dan murnii jalan hidupnya dari unsur lain selain landasan Ilahi yang terkandung dalam Al-Quranul Karim.

Generasi sahabat Rasul menerima panduannya dari sumber yang tunggal. Oleh kerana itulah generasi itu telah berhasil membentuk sejarah gemilang di zamannya. Lalu, apakah yang telah terjadi saat ini?

Sumber-sumber panduan itu saat ini telah bercampur baur! Sumber itu telah dimasuki falsafah Yunani (Greek), dongeng-dongeng dan pandangan hidup Parsi, cerita-cerita Israeliat Yahudi, falsafah Ketuhanan ala-Kristian yang telah bercampur baur di dalam tafsir Al-Quran dan ilmu Al-Kalam, dan juga telah dimasuki oleh peninggalan peradaban zaman lampau yang sukar dikikis.

Di samping itu, banyak lagi sumber panduan lain yang telah bercampur baur dengan tafsir Al-Quran, ilmu Al-Kalam, ilmu fiqih dan ilmu usuluddin. Campuran panduan inilah yang telah melahirkan generasi-generasi berikutnya. Karena itulah maka bentuk generasi pertama yaitu generasi para sahabat Rasulullah SAW, tidak lahir lagi setelah mereka.

Memang tak dapat diragukan lagi bahwa bercampur-baurnya sumber panduan itulah yang menjadi faktor utama mengapa generasi berikutnya berlainan sama sekali dari bentuk generasi pertama yang unggul itu.

Di sana, ada satu lagi faktor asasi selain daripada perubahan sumber itu, yaitu berbedanya cara menerima pengajaran antara generasi para sahabat Rasulullah SAW
dengan generasi-generasi kemudiannya.

Mereka, para sahabat Rasulullah di dalam generasi pertama itu, tidak mendekatkan diri mereka dengan Al-Quran dengan tujuan mencari pelajaran dan bahan bacaan. Bukan juga dengan tujuan mencari hiburan dan penglipur lara. Tiada seorang pun dari mereka yang belajar Al-Quran dengan tujuan menambah bekal dan bahan ilmu semata-mata untuk ilmu dan bukan juga dengan maksud menambah bahan ilmu dan akademi untuk mengisi dada mereka saja.

Generasi sahabat mempelajari Al-Quran itu dengan maksud hendak belajar bagaimanakah arahan dan perintah Allah dalam urusan hidup pribadinya dan hidup bermasyarakat. Mereka belajar untuk dilaksanakan dengan segera, seperti seorang perajurit menerima “arahan harian”!

Juga tiada seorang pun dari mereka yang mencari pelajaran tambahan atau pun arahan tambahan dalam satu majelis pengajian atau suatu majelis taklim saja, karena dia tahu bahwa yang demikian itu akan menambah beratnya tugas. Kadang-kadang, mereka cukup dengan hanya sepuluh ayat saja sehingga benar-benar menghafalnya dan dilaksanakan arahan-arahannya seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud r.a.

Sikap inilah yang terbentuk: yaitu belajar untuk melaksanakan, yang telah menambah
luasnya lapangan hidup mereka, menambah luasnya ma'rifat dan pengalaman mereka dari ajaran Al-Quran yang tidak mungkin mereka capai kalau sekadar belajar dari Al-Quran dengan tujuan menyelidik dan mengkaji serta membaca saja.

Perasaan belajar untuk melaksanakan ini jugalah yang telah memudahkan mereka bekerja dan meringankan beban mereka yang berat, karena Al-Quran telah menyatu dan menjadi darah daging mereka.

Perasaan ini jugalah yang menjadikan Al-Quran tertanam kuat ke dalam jiwa mereka hingga meresap menjadi panduan dalam gerakan mereka, ia melahirkan pelajaran yang menggerakkan aktivitas, pelajaran yang tidak lagi merupakan teori yang bersarang di dalam kepala manusia dan di halaman kertas dan buku-buku saja. Bahkan ianya menjadi kenyataan yang melahirkan kesan dan peristiwa yang mengubah garisan hidup.

Al-Quran tidak akan memberi dan mencurahkan isi perbendaharaannya kecuali kepada orang yang datang bertumpu kepadanya dengan ruh dan jiwa ini: yaitu ruh dan jiwa ma'rifat yang membuahkan amal dan tindakan.

Al-Quran datang bukan sebagai sebuah buku penglipur lara, bukan sebagai sebuah buku sastera, juga bukan sebagai buku kesenian, sejarah dan novel; ia datang untuk
dijadikan panduan hidup, panduan Ilahi yang tulen; dan Allah SWf sendiri telah
merasmikan Al-Quran ini sebagai garis pemisah di antara hak dan batil.

Firman Allah:
وَقُرْآنًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرََأهُ عََلى النَّاسِ عََلى مُكْثٍ وَنَزَّْلنَاهُ تَترِي ً لا
“Dan Al-Quran itu telah Kami bagi-bagikan dia agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dengan lambat dan tenang dan Kami menurunkannya dengan beransur-ansur.” (Al-Isra': 106)

Al-Quran tidak diturunkan sekaligus. Ia diturunkan mengikut keperluan-keperluan yang senantiasa berubah, mengikuti perkembangan fikiran dan pandangan hidup serta perubahan masyarakat. Ia diturunkan mengikuti perkembangan masalah praktis dan fakta kehidupan masyarakat Islam.

Ayat demi ayat diturunkan untuk suasana tertentu dan peristiwa khusus dan untuk
membongkar isi hati manusia; untuk menggambarkan urusan yang mereka hadapi,
dan menggariskan program kerja mereka dalam sesuatu suasana, juga untuk memperbaiki kekhilapan perasaan dan perjalanan hidup, supaya mereka senantiasa
merasa terikat dengan Allah dalam setiap suasana.

Ia diturunkan secara bertahap agar bisa mengajar mereka mengenal Allah SWT melalui sifat-sifatNya dan juga melalui bukti-bukti perkembangan dan perubahan alam. Dengan demikian mereka akan merasakan bahwa diri mereka terus menerus terikat dengan tunduk kepada Allah SWT, terus menerus di bawah perhatian Ilahi.

Ketika itu, mereka merasakan bahwa mereka sedang hidup di bawah pengawasan Allah SWT secara langsung.

Dasar “belajar untuk melaksanakan terus” itu merupakan faktor utama membentuk generasi pertama dahulu, manakala dasar “belajar untuk, dibuat kajian dan penglipurlara” itulah yang merupakan faktor penting yang melahirkan
generasi-generasi kemudiannya.

Tidak syak lagi bahwa faktor kedua inilah bukti sebab utama mengapa generasi-generasi yang lain itu berlainan sama sekali dengan generasi pertama, generasi para sahabat Rasulullah SAW.

Di sana ada satu lagi faktor yang mesti diperhatikan dan dicatat benar-benar.
Seorang yang menganut Islam itu sebenarnya telah melepas dirinya dari segala sesuatu di masa lampaunya di alam jahiliyah.

Dia merasakan ketika pertama kali menganut Islam, itulah zaman baru dalam hidupnya; terpisah sejauh-jauhnya dari hidupnya yang lampau di zaman jahiliyah. Sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyah dahulu ialah
sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada.

Dia merasakan bahwa segala sesuatu di zaman jahiliyah dahulu adalah kotor dan tidak sesuai dengan ajaran Islam. Dengan perasaan inilah dia menerima hidayah dan petunjuk Islam yang baru itu dan sekiranya dia didorong oleh nafsunya sesekali, atau sejenak dia merasa tertarik dengan kebiasaannya yang dahulu, atau kalau dia merasa
lemah dari menjalankan tugas dan kewajipan keislamannya sesuatu ketika, niscaya
dia merasa bersalah dan berdosa.

Dia merasakan dari lubuk hatinya bahwa dia perlu membersihkan dirinya dari apa yang berlaku itu; lalu dia berusaha sedaya upaya mengikuti panduan yang digariskan oleh Al-Quran.

Di sana juga terdapat pemisahan secara total antara zaman lampau seseorang Muslim dalam keadaan jahiliyahnya dengan zaman barunya di dalam Islam, yang akan menimbulkan pula pemisahan secara menyuluruh dalam segenap hubungannya dengan masyarakat jahiliyah.

Dia melepas total dengan tata hidup masyarakat jahiliyah dahulu dan berhubungan langsung selama-lamanya dengan masyarakat Islam; walaupun kelihatan pada lahirnya dia sering berhubungan dengan orang-orang musyrik dalam perdagangan
dan pergaulan hidup seharian, tetapi perpisahan perasaan dan pergaulan hidup
seharian adalah dua hal yang berlainan dan berbeda sekali.

Di sana ada semacam pemisahan, yaitu perpisahan suasana jahiliyah dalam kebiasaan dan pandangannya, adat dan tingkah laku, yang timbul dari pemisahan syirik ke akidah tauhid. Dari konsep jahiliyah ke konsep Islam mengenai masalah hakikat hidup dan hakikat wujud; juga timbul dari keberadaannya dengan perkumpulan dan organisasi Islam yang baru, di bawah pimpinan baru, dan sikap memberi segenap perhatian, kepatuhan dan kesetiaan kepada masyarakat, perkumpulan dan organisasi baru di bawah pimpinan baru itu.

Inilah dia persimpangan jalan dan permulaan langkah di jalan baru, langkah yang bebas merdeka dari segala tekanan adat kotor yang dipatuhi sepenuhnya oleh masyarakat jahiliyah dan segala nilai yang menjadi kebiasaannya.

Di sana tiada risiko yang akan ditempuh selain dari ujian dan penderitaan. Namun demikian, mereka secara otomatis telah bertekad bulat untuk tidak akan kembali lagi kepada kebiasaan dan perilaku jahiliyah, buat selama-lamanya.

Kita sekarang sedang berada di tengah-tengah suasana jahiliyah yang serupa dengan suasana jahiliyah yang ada pada zaman kedatangan Islam dahulu. Bahkan, lebih gelap lagi.

Segala sesuatu di sekitar kita ialah jahiliyah konsep hidup manusia sekarang, akidah kepercayaan mereka, adat istiadat dan kebiasan mereka, sumber pelajaran seni dan sastera mereka, peraturan dan undang-undang mereka, hingga banyak perkara yang kita anggap sebagai pelajaran Islam, buku rujukan Islam, falsafah Islam dan pemikiran Islam sebenarnya adalah hasil ciptaan jahiliyah!

Oleh kerana itulah maka nilai Islam saat ini tidak lagi murni dan tidak hidup subur di
dalam jiwa kita. Teori Islam tidak begitu terang lagi di dalam pemikiran dan ide. Di kalangan kita sekarang, tidak lagi muncul suatu generasi manusia raksaksa dari
model yang dilahirkan oleh Islam di zaman pertama dahulu.

Oleh itu, di dalam program gerakan ke-Islaman, kita mesti membebaskan diri di peringkat permulaan, di peringkat taman kanak-kanak lagi, dari berbagai pengaruh jahiliyah yang selalu menghayati kita sekarang.

Kita mesti kembali ke pangkal jalan, kepada sumber yang murni yang telah digali dan ditimba oleh orang-orang sebelum kita; yaitu sumber yang terjamin tidak bercampur baur dengan sumber yang lain.

Kita mesti kembali kepada Al-Quran untuk mendapatkan teori mengenai hakikat wujud seutuhnya dan juga hakikat wujudnya umat manusia dan segala hubungan di antara kedua jenis wujud ini dengan wujud yang hakiki, yaitu wujud Allah SWT.

Dari situlah kita mengambil pandangan terhadap hidup, kita mengambil nilai diri dan akhlak kita, serta kita mengambil panduan dan program pemerintahan, politik, ekonomi dan segala aspek kehidupan kita.

Bila kita kembali kepada Al-Quran, maka kita mestilah kembali berdasarkan kaedah dan dasar “belajar untuk melaksanakan”, bukan dengan kaedah dan dasar belajar untuk sekadar pengetahuan dan menglipur lara.

Kita kembali kepada Al-Quran untuk mengetahui apa yang diinginkan Al-Quran untuk kita lakukan, maka kita lakukan. Dan di dalam perjalanan itu, kita akan bertemu dengan keindahan seni Al-Quran, dengan cerita dan kisah yang heroik dan juga dengan pandangan-pandangan kiamat di dalam Al-Quran, juga dengan logika kesedaran hati nurani di dalam Al-Quran, dan juga dengan semua yang dicari-cari oleh para peneliti...

Ya, kita akan jumpai semuanya itu. Bukan dengan maksud hendak belajar dan menglipur lara tapi dengan tujuan utama hendak mengetahui apakah pekerjaan yang Al-Quran kehendaki untuk kita kerjakan? Apakah konsep umum yang Al-Quran kehendaki untuk kita berkonsep? Bagaimanakah tuntutan Al-Quran mengenai pandangan dan perasaan kita terhadap Allah SWT? Dan bagaimanakah tuntutan Al-Quran mengenai akhlak kita, realitas hidup kita, dan bagaimanakah corak sistem kita di dalam hidup ini?

Kemudian kita mesti membebaskan diri dari kungkungan masyarakat jahiliyah, dari kungkungan konsep jahiliyah, dari adat busuk jahiliyah dan juga dari pimpinan ala
jahiliyah di dalam hidup diri kita sendiri.

Bukanlah tugas kita untuk berkompromi dengan realitas masyarakat jahiliyah sekarang dan bukan untuk tunduk dan menumpahkan kesetiaan kepadanya. Sebab keadaan realitas jahiliyah itu tidak memungkinkan kita berkompromi dengannya sama sekali.

Tugas utama kita ialah mengubah realitas masyarakat ini. Tugas utama kita ialah mencabut realitas jahiliyah itu dari akarya, realitas yang bertentangan dan melanggar secara prinsif dengan aspirasi Islam dan dengan konsep Islam. Realitas yang menghalang kita dengan menggunakan kekerasan dan tekanan dari kita hidup seperti yang dikehendaki oleh program Ilahi.

Langkah pertama di dalam perjalanan kita ialah menghapuskan masyarakat jahiliyah ini, nilai-nilai dan teori-teorinya. Kita tidak boleh melakukan penyesuaian sedikit
pun untuk kemudian berharap bisa mencari irisan di dalamnya. Sekali lagi tidak!

Karena jalan kita adalah berlainan dan bersimpangan dengan jalan jahiliyah. Seandainya kita mencoba berjalan seiring dengannya, walaupun cuma selangkah, niscaya kita kehilangan pedoman dan kita akan meraba dalam kesesatan.

Dalam hal ini, kita akan menempuh berbagai bentuk kesusahan dan penderitaan, kita akan menyumbangkan pengorbanan yang besar dan dahsyat. Dan ini suatu pilihan yang tidak ada pilihan lain kalau kita benar-benar hendak mengikuti langkah generasi pertama yang ditampilkan oleh Allah, yang telah menghancur dan memusnahkan jalan jahiliyah itu.

Adalah baik sekali bagi kita untuk tetap menyadari bentuk program dan landasan kita, menyadari tabiat sikap kita dan juga tabiat jalan yang mesti kita lalui untuk keluar dari suasana jahiliyah yang telah dilalui oleh generasi yang agung dan unik itu.