Sunday, January 30, 2011

Sudan Kemudian Yaman? atau Tunisia Kemudian Yaman?

Salam,

Semoga Allah menetapkan hati kita untuk berada dalam agamaNya dan ketaatan kpdNya..

Spt yg kita ketahui kebanyakan negara arab ketika ini mengadakan demonstarasi besar-besaran menuntut reformasi dlm negara masing2. Yaman juga tidak ketinggalan dlm hal ini.

Ana pasti ramai yg sudah melihat berita di surat khabar dan televisyen ttg demo di Yaman dan risau keadaan mereka yg tingal di Yaman(terutamanya bonda ana yg tercinta). Pasti ada yg terdengar ada yg terbunuh disbbkan demo tu. Mmg sahih berita tu, x silap ana setakat ni 16org dah terbunuh disebabkan demo terhadap kerajaan. Yg sebenarnya, yg terbunuh tu adalah demo antara kabilah dan kerajaan. Di dlm demo umum x de lg yg terbunuh. Dan yg sebenarnya, Sana'a masih lagi aman. x de apa2 pun yg berlaku cuma ada muzaharah(demo) secara aman yg diadakan selang seminggu, bukan setiap hari seperti di Mesir.

Bercerita ttg kabilah di Yaman, sistem kabilah masih mekar dlm hati mereka dan mereka ttp menyokong walaupun sudah jelas lebih banyak keburukan brbanding kebaikan dlm mengamalkan sistem kabilah. Hinggakan kekuatan senjata kabilah lebih kuat drpd tentera kerajaan. Dlm perkahwinan mereka, pengantin perlu membayar sejumlah yg banyak kepada ketua kabilah mereka kononnya utk buat majlis perkahwinan. Pada firasat ana ketua kabilah mengambil sedkit wang drpd jumlah yg diberikan pengantin tu kononnya utk simpanan kabilah sbb jika dilihat pd majlisnya x padan dgn wang yang diberikan pengantin. Walaupun mereka tahu perkara ni mereka ttp x nak berubah. Dlm hal lain pula, dgn kabilah yg mereka ada, mereka selalu membela ahli kabilah mereka walaupun mereka tahu ahli kabilah mereka adalah orang yg bersalah smpi sanggup berbunuhan. Inilah yg islam maksudkan sebagai asabiyyah. Inilah bahayanya main kabilah apabila ia x dipandukan oleh islam. Ketua kabilah makin kaya, ahli terus meminta sedekah. Cuba kita pada zaman nabi, brapa kali nabi mintak bantuan daripada kabilah? selaklah sendiri kat kitab sirah..

Kembali kepada tajuk, knapa ana ckp Yaman mengikut jejak langkah Sudan? sbbnya sekarang ni Yaman dlm krisis perpisahan antara selatan dan utara. Spt kita maklum, Sudan telah pun berpisah antara utara dan selatannya. Dan dalang perpisahan ini adalah Amerika. Krisis perpisahan di Yaman pula adalah disebabkan oleh tidak puas hati yaman selatan terhadap yaman utara yg telah lama makan khazanah dan harta yaman selatan iaitu minyak mentah dan yaman selatan juga hanya dapat bahagian yg sedikit drpd untung minyak mentah. selain itu, yaman selatan juga x berpuas hati dgn kedudukan mereka dlm pemerintahan. x silap ana yaman selatan dpt kerusi lebih sedikit berbanding yaman utara. Di tambah lagi provoke dr amerika yg mendakwa presiden Yaman lemah dlm menangani ancaman pengganas. Perkara ini banyak dibincangkan di jamiah terutamanya waktu Syeikh Majid bagi ceramah. Ana berharap sgt perpisahan x menjadi kenyataan. Sbb inilah apa yg diimpikan musuh islam. Mereka mahu umat islam berpecah belah dan lama-kelamaan bertambah lemah. Dan inilah salah satu sbb berlakunya demo di seluruh Republik Yaman.

Knapa pula ana ckp Yaman ikut jejak Tunisia? sbbnya sekarang ni masih berlaku demo di mana2 sekitar Yaman. Ana dpt tahu dr kawan sekelas(yamani), mereka nak buat lagi demo hari khamis ni dan mereka minta foreigners minta drpd syeikh supaya x ambil kedatangan. Drpd pemerhatian ana yaman punya demo x akan menyebabkan penggulingan sepertimana di Tunisia sbb apa yg mereka tuntut adalah hak2 mereka, tukar presiden sbb dah terlampau lama memerintah(32tahun), mintak air dan elektrik, kurangkan kemiskinan, hapuskan rasuah dan hapuskan sistem kroni. Ana ckp tuntutan tukar presiden x kritikal sbbnya x ada presiden lain yg layak menggantikan yg sedia ada kerana politik di sini seolah2 x wujud. x de orang yg bersaing dlm karier politiknya. x kan la nak suruh syeikh majid jd presiden.. dah la syeikh majid sudah di cop sebagai pengganas ditambah lagi masyarakat yg x cukup bersedia utk menyokong sistem pemerintahan islam. Silap2 lps syeikh majid jd presiden je yaman terus kena serang. Ana tetap risau walaupun perkara ni x nampak kritikal sbb hati manusia ni senang berbolak balik ditambah lagi dgn hasutan syaitan. Harapnya demo kat sini x bertukar menjadi spt di tunisia dan mesir. Moga Allah memberikan jalan penyelesaian yg terbaik.

Baru2 ni kerajaan Yaman menerima kunjungan kerajaan Turki(diketuai PM Turki)dan orang Yaman kecoh mengatakan kunjungan mereka ke Yaman adalah untuk membuat persetujuan supaya urusan keluar masuk antara Yaman dan Turki boleh berlaku tanpa menggunakan pasport. Rancangan ni mmg betul2 genius dan pada pandangan ana ia adalah salah satu langkah untuk kembalikan khilafah islamiah. Yelah, knapa nak masuk antara negara islam pun kena bersusah payah dan bersangka buruk? Waktu ana nak ke mekah hari tu pun kena tunggu 12jam kat immigration sempadan yaman-saudi. Mungkin ini adalah tanda2 konstantinopel(istanbul) akan dibuka semula oleh tentera yg terbaik dan pemimpin yg terbaik.

Allahu a'lam...
[baihaqi] kalau ada rezeki nak balik malaysia tahun ni

Monday, October 18, 2010

Mengubah Sempadan Iman

Salam,

Kaifa haluk?(-smpi ke mati ana x kan ckp “zayyak, syu halak, aish launak”)

Kaifa al-iman?

نسأل الله أن يجعلنا من المؤمنين وعبادك الصالحين

ونسأل الله أن يجعل أعمالنا في ميزان الحسنة

Kebelakangan ni agak sibuk sedikit. Sampai nak buka emel pun x sempat. Bila buka je folder x-gen, ada 300 lebih unread mail.

Terima kasih kpd Munir yg mengingatkan diri ini. Walau sesibuk manapun kita pasti ada yg lebih sibuk dr kita dan kepada Allah segala urusan itu kembali.

Di sini ana nak inform kpd semua yg insya-Allah pada tahun ni ana akan ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Itulah yg menyebabkan ana sibuk sedikit. Kena wat visa baru, jumpa kedutaan Malaysia, jumpa wakalah haji(agen) dan semua ni kena wat sendiri. Mereka yg pernah duk negara arab pasti tahu bertapa peritnya wat urusan dgn arab. Benda yg seminggu blh jadi sebulan, benda yg sebulan blh jadi stgh setahun disebabkan arab ni suka guna perkataan “bukrah”. Urusan wat visa baru ni sepatutnya boleh siap dlm masa lima hari je, tp disebabkan berurusan dgn arab, jadilah dua minggu lebih. Ana mula wat urusan ni 12 syawal. 2 zulkaedah br siap iqamah baru(visa) smpaikan kena ponteng tatbiq amali kat jamiah iman n sampaikan muhadharah syeikh Abdul Majid Aziz Az-Zindani pun ana terpaksa melepas..

Bercakap ttg syeikh majid, pada hari kedua iaitu soal jawab dgn syeikh majid, ada seorang arab tu tanya tentang i’jazul ilmi yg terbaru. Sblm tu, utk pengetahuan semua, universiti al- iman ni berbeza dgn universiti islam yg lain iaitu di sini ada qismu tazkiyatul anfus dan qismu i’jazul ilmi. Dan qismu i’jazul ilmi ni diketuai oleh syeikh majid sendiri(saintis bertaraf ulama’ besar). Kembali kpd soalan td, syeikh majid pun ckp yg i’jazul ilmi yg terbarunya ialah kaitan lapisan ozon(03) dgn waktu solat. Sebenarnya ana x brapa nak dengar macam mana penjelasan syeikh majid dan ayat quran yg manakah dikaitkan dgn kajiannya sbb waktu tu ana demam. Maklumlah kalau dah demam telinga dah x brapa nak dengar, mata pun x brapa nak nampak ditambah lagi dgn musim sejuk yg baru je bermula, lagilah x senang duduk. Walaupun demam ana sanggup hadir tatbiq drpd berurusan dgn arab kat idarah jamiah... الله مستعان

Insya-Allah ana akan tanya balik soalan tu kpd syeikh majid bila dah mula kelas tahun 2.

Apapun, doakan ana supaya Allah memilih ana sebagai tetamunya ke tanah suci pada tahun ni. Doakan ana supaya diberikan kesihatan sepanjang berada di sana dan doakan juga dapat haji mabrur. Moga dgn haji ni dapat mengubah sempadan iman..

Allahu a’lam

[baihaqi] bertolak 5/11. Duk madinah seminggu lebih. Pastu duk mekah smpai balik. Balik 4/12.

Saturday, August 28, 2010

كن ربانيا ولا تكن رمضانيا

Salam,

Alhamdulillah Allah telah memilih kita termasuk dlm orang yg disampaikan ke bulan ramadhan .

Rasanya sume dah tahu apakah hadaf puasa bulan ramadhan....iaitu taqwa. Jadi ana rasa x perlu nak bincang di sini. Just nak ingatkan:

1. Sebuah hadis hadis qudsi yg mafhumnya semua amal lain selain puasa ada ganjarannya bg hambanya kecuali puasa. Khas utk puasa allah berfirman dlm hadis qudsi tersebut ”wa ajzi bihi” (Dan Akulah yg memberi ganjarannya).

Dan imam ghazali juga dlm kitabnya ihya ulumuddin membahagikan puasa kpd 3 jenis .

Yg pertama puasa umum(puasa lapar dahaga shj)

Yg kedua puasa khusus(puasa org mukmin)

Yg ketiga puasa khusus khusus(puasa para anbiya’)

Jd berusahalah utk mendapatkan puasa khusus.


2. Ana yakin pada bulan ramadhan ni ramai yg akan berlumba2 dlm beramal. tp, janganlah kita jadi ramadhani, tp jadilah rabbani


3. Ana juga yakin pasti ramai yg bercita2 nak khatamkan quran paling kurang dua kali sepanjang ramadhan ni. Ana optimis ramai yg boleh. Tapi mcm mana nak beramal dgn quran? Mungkin blh guna cr ni:

a. Ambil sehelai kertas dan buat garisan di tengah2 utk membahagikan kertas kpd dua

b. Tuliskan pada column yg pertama awamirillah(perintah2 Allah). Pada column yg kedua tuliskan nawahihi(laranganNya)

c. Luangkan masa dlm 15minit utk tadabbur quran(maksudnya tadabbur dlm 2 muka surat)

d. Setiap kali kita tadabbur ayat ttg perintah Allah kita tulis pada column pertama peintah Allah tu(cth: infaq apa yg telah dikurniakan)

e. Setiap kali kita tadabbur ayat ttg larangan Allah kita tulis pada column kedua larangan Allah tu(cth: jgn panggil seseorang dgn panggilan yg x disukai.)

Jadi dgn tulis sebigini kita akan nampak apakah perintah Allah serta laranganNya dan akan cuba beramal dgnnya. Maklumlah al-quran dlm bahasa Arab bukan bahasa kita. Kadang2 kita tilawah quran tanpa merasakan.

Allahu a'lam..

Thursday, July 15, 2010

امتحان نهائي فصل الثاني

Salam,

Spt ana sudah maklumkan dlm post yg lepas, jamiah iman ni mmg x lekang/lega dr peperiksaan. Minggu lepas periksa hafazan quran. teringat ana kat peperiksaan quran di DQ or dgn kata lainnya di malaysia. Kalau kat DQ siap bg tau brapa soalan dr awal surah, awal juzu' dan awal 'ain. Ana rasa benda ni famous kat mana2 maahad tahfiz di malaysia. Kalau kat negara arab jgn harap dpt soalan cmtu.. dia akan tebuk je kat mana2. Mujurlah muqarrar utk tahun satu 10 juzu' (dr belakang) shj.. lega..

Bila berada di negara org dan bercampur dgn hampir semua bangsa di dunia br kita rasa alangkah hebatnya islam.. islam menyatukan semua bangsa di dunia.. Semua muslim x kira bangsa, warna kulit, bahasa pertuturan, semuanya sama di sisi Allah. yang membezakan hanyalah taqwa.(ayat quran)

ياايها الناس انا خلقناكم من ذكر وانثى وجعلناكم شعوبا وقباءل لتعارفو ان اكرمكم عند الله اتقاكم ان الله عليم خبير
"Wahai manusia sesungguhnya kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling berkenalan.sesungguhnya orang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialalh orang yang paling bertakwa di antara kamu. sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal"

Kita juga akan perasan yg lidah org malaysia adalah lidah yg paling fleksible. Hampir semua bahasa kita boleh sebut dgn sebutan yg tepat. Dlm bab baca pula, org arab mesti akan tanya kita "anta belajar quran kat malaysia ke?"
kalau kita jawb "ya"
Mereka pasti akan ckp kita ni dah hafal satu quran.. Walaupun kita ckp kita br hafal 7 juzu' mereka tetap x kan percaya..

Kat sini juga baru ana tau yang bangsa melayu adalah bangsa yang paling beradab tapi kuat berdengki dan berdendam. Orang arab pun x mcm org melayu, kalau mereka bergaduh kat tengah jalan raya, mereka selesai kat situ dan x simpan apa2 dendam..
Org melayu.... orang lain dapat kelebihan sikit pun dah dengki....siap sebar fitnah....
Tinggal di negara miskin baru kita tahu yg negara kita(malaysia) merupakan negara yg sangat2 kaya. Patutnya semua rakyat boleh dapat biasiswa..

Sekiranya semua negara islam dan orang islam bersatu, kita boleh jadi kaum yg unbeatable. China dan Jepun bijak dlm alter sesuatu benda, orang arab kuat menghafal dan ikut tanpa banyak soal. Orang barat dan eropah pula banyak membuat penemuan baru. orang africa pula hebat dlm menghafal. orang malaysia pula hebat dlm menciplak(betul ke?). kombinasi semua bangsa ni menghasilkan satu kaum yang unbeatable. itulah yg islam bawa(semua orang sama di sisi Allah, yang membezakan hanyalah taqwa).

Bila tinggal di negara bukan bermasyarakat majmuk, baru kita rasa bestnya malaysia yg bermasyarakat majmuk.
Kat sini, pagi: makan kacang ful dan roti, tengah hari: makan kacang ful dan roti, malam: makan kacang ful dan roti.
Kalau kat Malaysia, waktu bangun qiamullail pun dah boleh mengidam nak makan apa pagi nnt..
Syukuur diri ini dilahirkan di Malaysia...


Insya-Allah,
Mulai minggu ni peperiksaan niha-i di jamiatul iman akan bermula.
Untuk masuk tahun 2 ana hanya blh gagal 2 subjek shj. Jika gagal lebih 2 subjek, kena ulang tahun satu
Markah lulus bagi jamiah iman adalah 59 keatas shj. Mrkah 58 pun x kan di layan rayuannya.
Subjek2 nya:
Tafsir(Tafsir Ibnu Kathir-2juzu')
Hadis(Sahih Muslim)
Nahu
Usul Fiqh
Fiqh(Imam Syaukani)
Tazkiyatul Anfus(Said Hawwa)
Tajwid
Madkhal fi Syariah Islamiah(Dr. Abd Karim Zaidan)

Doakan ana cemerlang dlm imtihan ni dan dapat masuk tahun dua..
[baihaqi] berazam nak kalahkan ikhwah indonesia dlm periksa kali ni..

Tuesday, June 8, 2010

Imtihan Syahri..

Salam,

aasif lama x post kat sini. mmg betul kata seniors kat jamiah iman, kalau dah start sem baru kat iman mmg akan sibuk smpi habis sem. bayangkanlah, dlm masa 4 bulan nak imtihan syahri 2 kali, imtihan fasl thani(sem 2) skali, buku baca secara talaqqi. mmg x sempat walaupun kelas 6hari seminggu( jumaat je cuti).

spt tajuk di atas, ana skrg ni tgh imtihan syahri utk fasl thani.
td baru habis subjek fiqh(imam syaukani),
khamis ni nahu.
minggu dpn usul fiqh,
tafsir(tafsir ibnu kathir)
dan hadith(sahih muslim).

Doakan ana smoga tafawwuq fil imtihan dan paling penting skali dpt beramal dgn ilmu2 ni. amiin..

[baihaqi] dlm mission freedom flotilla lps, ulama' yaman ada hantar 4 orang wakil. waktu mereka dipaksa balik ke yaman, kerajaan hantar sendiri jet pejuang ke israel utk amik syeikh2 ni. bila mereka smpi, kat airport dah ada 7000ribu orang smbut wira2 ni. tazkiyah amaliyah kat jamiah iman terus cancel n jamiah suruh semua pelajarnya smbt wira2 ni. kat Malaysia, sambutan utk wira2 freedom flotilla dari kerajaanya mcm ne hah?

Tuesday, April 13, 2010

أصحاب الجنة

Salam,

Alhamdulillah periksa faslul awwal sudah habis. Agak susah.. tp dgn periksa ni ana dpt buat kesimpulan yg org arab ni sgt hebat menghafal tp sangat lemah dari segi KBKK. Buktinya, dlm kedua-dua peperikaan sem 1 (universiti al-iman dan universiti yamaniyyah), soalannya x banyak dan kesemuanya berkaitan dgn menghafal points penting kecuali sesetengah subjek shj yg guna KBKK dan syarah. Kalau x silap ana satu subjek shj yg ada unsur KBKK iaitu tazkiyatul anfus(penyucian diri) buku said hawwa. Sepatutnya soalan subjek iman pun ada syarah dan KBKK tp disebabkan kali bukan syeikh majid yg buat soalan, maka x de la syarah unsur2 ni. Kalau subjek Bahasa Inggeris universiti yamaniyyah pula, soalannya hanya berkaitan “do and Does” dan time expression shj. Lebih teruk lagi, bayangkan, kami di sini pelajar tp pensyarah kami banyak slah tulis(cth: standerd), banyak salah sebut(cth: strewberries) dan asyik tersilap huruf “b” dan “p”(cth: brison preak), apa yg anta akan lakukan ? x kan stp hari nak betulkan pensyarah. Kalau masuk kelas bahasa inggeris memang asyik nak gelak je. Satu perkara lagi yg ana perasan pd org arab ni, sekiranya mereka ni cakap bahasa inggeris mereka akan cakap dgn sebutan yg sangat laju smpaikan x faham langsung. Cthnya: what is your name? tahap kelajuannya tinggi sangat smpaikan ana x faham waktu 1st time dengar. Yg difahami dar sebutannya td: wazziruni. Ana balas balik sbb x faham:أيش؟ .Dia ckp lagi dgn sebutan yg sama smpailah ana dpt detect yg dia ckp bahasa inggeris. Mungkin sedikit sebanyak info bg mereka yg nak ke negara arab, x payah la nak mintak org2 arab ckp Bahasa Inggeris… penat nnt nak faham.

قصة أصحاب الجنة

Sebenarnya inilah topic utama utk post kali ni… semoga kisah ni jadi ‘ibrah dan mau’izhah utk kita bersama. Kisah ni diambil dari al-quran, surah al-qalam(dah hafal surah ni sejak form 1 lagi tapi baru skrg perasan ttg kisah ni). Mmg banyak kali org ceritakan ttg ashabul kahfi dan ashabul ukhdud tp jarang dengar ttg ashabul jannah. First time dengar tajuk cerita ni mesti ada yg fikir yg ni kisah ahli syurga. Ok2, kisah ashabul jannah ialah kisah sebuah kisah yg Allah ceritakan dlm al-quran ttg pemilik kebun.

قال الجلى و على :

أنا بلونهم كما بلونا اصحب الجنة أذ أقسموا ليصرمنها مصبحين

Sesungguhnya kami telah menguji mereka (org musyrik mekah) sebagaimana kami telah menguji pemilik2 kebun, ketika mereka bersumpah akan memetik hasilnya pada pagi hari


ولا يستثنون

Tetapi mereka tidak mengecualikan (dgn mengucapkan Insya Allah)

فطاف عليها طائف من ربك وهم نائمون

Lalu kebun itu ditimpa bencana dari Tuhanmu ketika mereka sdg tidur.


فأصبحت كااصريم

Maka jadilah kebun itu hitam spt malam yg gelap gulita


فتنادو مصبحين

Lalu pada pagi hari mereka saling mereka saling memanggil


أن غدوا على حرثكم أن كنتم صرمين

“pergilah pagi2 ke kebunmu jika kamu hendak memetik hasil”


فانطلقوا وهم يتخفتون

Maka mereka pun berangkat sambil berbisik


أن لا يدخلنها اليوم عليكم مسكين

“pada hari ni jangan sampai ada org miskin masuk ke dalam kebunmu”


وغدو على حرد قادرين

Dan berangkatlah mereka di pagi hari dgn niat menghalangi org miskin padahal mereka mampu menolongnya



فلما رأوها قالو أنا لضالون

Maka ketika mereka lihat kebun itu, mereka berkata “sungguh, kita ni benar2 orang2 yg sesat”


بل نحن محرومون

Bahkan kita x peroleh apa2 pun



قال أوسطهم ألم أقل لكم لولا تسبحون

Berkatalah org paling bijak antara mereka “bukankah aku telah mengatakan kpdmu mengapa kamu tidak bertsabih kpd Tuhanmu(x bersyukur)


قالو سبحان ربنا أنا كنا ظلمين

Mereka berkata ”maha suci Tuhan kami, kami adalah org2 zalim



فأقبل بعضهم على بعض يتلومون

Lalu mereka saling menyalahkan


قالو يويلنا أنا كنا طغين

Mereka berkata “celaka kita, sesungguhnya kita org2 yg melampaui batas”



عسى ربنا أن يبدلنا خيرا منها أنا الى ربنا رغبون

Semoga Tuhan memberi ganti yg lebih baik dari ini, sungguh kita mengharap ampunan dari Tuhan kita


كذلك العذاب ولعذاب الأخرة أكبر لو كانو يعلمون

Spt itulah azab di dunia. Dan sungguh azab akhirat lagi besar sekiranya mereka tahu

Allah menerangkan yg Dia menguji penduduk mekah spt mana pemilik kebun untuk mengetahui apakah mereka bersyukur atau tidak. Akhirnya pemilik2 kebun itu bertaubat kpd Allah. Demikin pula penduduk mekah yg kemudian insaf dah masuk islam berbondong-bondong setelah penaklukan mekah.


Ana rasa kalau tengok terjemah ni pun dah cukup faham sbb ayat2 ni ayat cerita. x perlulah ana masukkan

tafsirnya. Jd sahabat2 sekalian, dunia ni bukan milik kita. semuanya milik Allah dan semua yg kita lihat skrg bersift sementara. sekiranya kita beriman yg semua di sekeliling kita ni adalah milik Allah kita x akan saling berdengki...

Jadilah orang bersegera dlm menginfaq dan lazimkan istighfar kerana kita bukannya ma'sum mcm para anbiya'. "sebaik-baik org yg berdosa ialah yg bertaubat"...

Bersyukurlah dgn apa yg kita miliki skrg. Jgn asyik mengeluh dgn rezeki yg diberikan Allah.."Hitunglah kesyukuranmu sblm kesukaranmu".

Slps 3 bulan tinggal di sini baru ana tahu yg tempat ashabul jannah ialah di yaman. x jauh pun dari tempat tinggal ana. Nama tempatnya Arhab, Sana'a, Rep. of Yemen..


[baihaqi] perang kat utara sana'a dah habis,


DUBAI (Reuters) - Yemen's war with northern Shi'ite rebels has ended, the country's president said in a television interview according to a tape received by Reuters.

"We can say the war is over; not stopped or in a truce," Ali Abdullah Saleh told Al-Arabiya in an interview to be aired on Friday.

Kalau ada rezeki boleh la nak pergi haji dlm masa terdekat. mungkin bukan tahun ni...


[baihaqi]kat sini ana selitkan sedikit gambar,










ini gambar dlm sebuah dewan kat universit al-iman.

kalau tengok tengok dari luar kita x akan sangka yg dlmnya secantik ini. biasanya dewan ni digunakan utk majlis besar cthnya muktamar ulama.










kerusi dewannya mengalahkan dewan2 kat malaysia..










kebetulan waktu first time masuk siangnya ada majlis meraikan pelajar2 yg cemerlang dlm hafazan hadis. dia punya statistik ada digantung kat 'bunting' sblh kiri(mmg x nampak pun). kat 'bunting' tu ada tulis statistik:

-yg hafal sahihain(bukhari dan muslim).lelaki dkt 200org perempuan ada la dlm 70org

-yg hafal 6 jenis kitab hadis. ramai juga..

-yg hafal sahihain sekali dgn perawi. masih ramai..

-yg hafal 6 jenis kitab hadis dgn perawi. lelaki 12org perempuan x de..
















ni pula gambar waktu syeikh majid(yg sedang berdiri) buat ceramah kat uni al-iman ttg pendirian ulama yg menentang keputusan kerajaan melarang kahwin awal(kat banner tu tertulis zawaj mubakkir). dlm ceramah ni juga syeikh majid ajak semua student iman buat demonstrasi kat sebuah bandar kat Sana'a, Tahrir. teringat ana kata2 syeikh majid dlm majlis ni yg dia marahkan kerajaan sbb kerajaan x ikut dustuur(perlembagaan negara) iaitu pemerintahan negara berdasarkan al-quran, sunnah dan syariah islamiah. cuba bayangkan kat malaysia, sekiranya ulama' yg memerintah negara dan ulama' gubal semula perlembagaan negara jd mcm perlembagaan yaman, agak2nya mampu x mereka melaksanakannnya? pada pandangan ana masyarakat malaysia mmg betul2 x sedia lg untuk menerima pemerintahan ulama selagi mana rakyat x diislahkan. yaman sndiri yg dah tertulis kat perlembagaan ttg pemerintahan islam dan pengaruh ulama'nya kuat pun susah nak kalahkan org yg berkeras nak buat kilang arak kat Sana'a inikan malaysia yg maksiatnya sgt berleluasa... Jadi, inilah tugas kita.. islahkan masyarakat kita...






Tuesday, March 23, 2010

اختبار فصل الاول

salam,

sori lama sangat x post.

kat sini memang sibuk.

2minggu lepas br habis ikhtibar syahri, sabtu ni dah nak start ikhtibar faslul awwal(peperiksaan sem 1).

doakan ana semoga cemerlang dalam ikhtibar faslul awwal ni...

yg paling penting doakan ana berjaya dunia akhirat...